Thursday 26 April 2012

CORETANKU - BILA HUBUNGAN ITU DIKHIANATI.......

Alhamdulillah....akhirnya bebanan yang aku tanggung beberapa minggu ini hilang jua...walaupun masih ada bekasnya namun kejadian beberapa hari lalu memberikan sedikit ruang untuk aku bernafas, fikiran tidak lagi kacau dan jiwa terasa sedikit lega. Sedikit ujian Tuhan namun kadangkala sukar jua untuk aku atasinya. 

Kadangkala, ada yang memandang remeh hubungan sesama rakan sekerja. Ada yang mengganggap hubungan itu tidak sepenting hubungan sesama ahli keluarga tapi silap.....daripada 24jam yang kita ada, lebih 8 jam kita habiskan dengan rakan sekerja! 4-5 jam sehari kita habiskan untuk persiapan ketempat kerja, dan perjalanan pergi balik. Pulang ke rumah pula sibuk dengan tanggungjawab sebagai ibubapa serta suami/isteri, ada pula yang kena mengambil berat tentang ahli keluarga lain. Ada juga dikalangan kita yang mempunyai kerja part time sesudah habis waktu pejabat, jadi berapa lamakah masa yang kita ada sebenarnya untuk diluangkan bersama pasangan dan anak-anak. Ada yang terpaksa bekerja lebih masa untuk atas tuntutan kerja sehinggakan pasangan kecewa dan merungut!!

JANGAN MEMANDANG REMEH HUBUNGAN SESAMA RAKAN SEKERJA!! ITU NASIHAT SAYA. Hidup ini singkat sahaja namun kebanyakan daripada kita menghabiskan masa lebih banyak bersama rakan sekerja. Bagaimana nak hidup kalau saban hari terpaksa mengadap rakan sekerja yang suka marah-marah, suka mengarah-arah. Tindakan manusia kita tidak dapat duga. Ada yang lebih suka berterus terang, samada secara lembut atau secara kasar....tapi bagaimana pula jika ada yang sanggup menggunakan ilmu hitam untuk membalas kembali!! Ramai yang tidak terfikirkan hal ini. Tapi ingat, perkara ini sering terjadi dalam masyarakat kita!!! Alhamdulillah, bersyukurlah jika rakan sekerja kita berterus terang, ambil yang positif, syukur kerana ada yang sanggup menegur agar dapat kita perbaiki kelemahan diri. Jangan buat bodoh sombong, cuba menafikan keburukan/kelemahan walaupun satu office sudah menegur.

Bila kita cuba mengelak, menafikan keburukan/kelemahan diri, yang orang yang berada dibelakang kita sepatutnya memberikan sokongan agar kita berubah, bukannya menyokong untuk menyalahkan orang lain.Ingatlah, kawan yang baik adalah mereka yang sentiasa menegur semasa kita membuat kesilapan dan menyokong ketika kita dalam kesenangan!!! Insyaallah