Thursday 26 July 2012

Hasil Nikon D3200

My first practice.....semua gambar ni diambil kat rumah atuk...banyak jugak pokak yang atuk tanam!!!




















KERJA BARU DAN HARAPAN

12 Julai  2012.....
Assalamualaikum.....lama dah tak menulis. Banyak sangat perkara yang perlu diselesaikan sampaikan tak sempat tuk benda remeh remeh ni. Namun berita yang aku baru terima semalam benar-benar memberikan semangat baru dalam hidup aku.
11 Julai 2012, jam 1.30 tengahari, aku dapat panggilan telefon. Job interview yang aku hadiri Sabtu lepas telah berjaya. Aku diterima untuk bekerja di syarikat baru. Alhamdulillah, setelah lebih empat tahun menimba pengalaman kat syarikat perundingan, kerjaya aku meningkat lagi ke syarikat yang lebih besar lagi. Gaji....tak banyak berubah, boleh kata lebih kurang la. Aku pun tak nak demand sangat sebab niat aku cuma nak tingkatkan kerjaya aku, paling penting kat organisasi yang lebih besar serta buat akaun....! Tak larat dah nak buat akaun dan admin sekali. Campur pulak dengan projek dan operasi harian syarikat! Betul betul mencabar!

CABARAN......!!!
Memang aku sukakan cabaran. Cabaran buat kita rasa bersemangat nak kerja. Tapi cabaran yang betul k. Dulu masa aku kerja kilang, 12 jam sehari, 4 hari seminggu. Aku cabar diri aku yang aku boleh buat kerja berat. Alhamdulillah.....boleh rupanya. Bila aku kerja kat company construction dulu, kerja aku key-in data jer, benda-benda admin....tak boleh sentuh, marah betul officer aku kalau brg admin masuk bilik akaun. Masa tu, aku boleh tunjukkan kebolehan serta kemahiran aku dalam bidang yang aku minat nie. Pengetahuan lebih luas dan kemahiran bertambah. Dengan pengalaman tu juga memberikan aku keyakinan untuk mencuba untuk mendapatkan pengalaman dalam pentadbiran syarikat.


 TERIMA KASIH.......!!!!
Terima kasih bebanyak kat bos aku En. Halim dan Pn Ezzaty. Banyak betul pengalaman serta pengajaran yang aku dapat kat sini. Yang senang, yang susah, suka dan duka. Terima kasih sebab percaya kat aku sampai aku berada kat peringkat ni. Tak la tinggi mana pun, tapi aku bersyukur atas setiap anugerahNya.
Yang pasti, berada di sini memberikan aku kesedaran akan nilai nilai kemanusiaan yang kadangkala kita tak sangka akan kewujudannya.
Mungkin esok atau lusa aku letak surat resign. Aku harap En Halim boleh terima dengan hati yang terbuka. Setiap orang inginkan peningkatan dalam hidup, macam tu juga aku. Dan aku harap, tempat baru nanti akan memberikan pengalaman berharga untuk aku untuk membina kerjaya serta menyumbang ilmu dan pengetahuan dalam memajukan lagi perniagaan mereka.