Thursday 2 August 2012

Countdown - 15 : Kenangan Family Day at Desaru Damai Beach Resort

Assalamualaikum.....hari ni countdown ke 15. Teringat pulak dengan memori percutian tahunan company. Rasanya, ni kut benefit paling best kat sini. Opss...syarat-syarat untuk mendapat benefit nie.
1) Dah tertulis kat surat rasmi oleh bos masa pemberian bonus tahunan,
2) Dah kerja lebih setahun pada hujung tahun berkenaan
3) Paling penting, korang masih bekerja kat sini....walaupun dah dapat surat tapi korang berenti....confirm tak dapat OK.

Tahun Pertama – 2010
Sepatutnya tahun pertama aku kat sini tahun 2009, tapi akhir tahun 2008 tu aku belum genap setahun karja. Aku masuk keje sini dulu bulan Jan, so kurang sebulan. Aku pun tak kesah sangat, dapat kira bonus, tak dapat pun tak rugi apa-apa. Hehe...jangan marah yer.
Jan 2010, surat bonus keluar, so sapa yang layak dapat percutian diumumkan.....termasuklah aku. Walaubagaimanapun, disebabkan komitment kerja serta factor kesihatan, tak dapatlah kitorang secompany jalan jalan tahun ni.  Namun dalam kesibukan tu, dapat jugak selit aktiviti riadah kat Desaru ......alhamdulillah.

Tarih : 19/06/2010 – 20/06/2010
Tempat : Desaru Damai Beach Resort

Aktiviti utama kami hari tu sebenarnya nak buat BBQ pada sebelah petangnya. Tapi kami semua sampai awal. Sementara nak tunggu check-in hotel, masing masing ada aktiviti tersendiri.......ada yang berenang, ada yang main bola, yang posing-posing ambil gambar dan jalan-jalan tepi pantai sambil menikmati udara yang segar.......arrrggggg.....!!!



Malam tu, aktiviti BBQ kami berjalan lancar. Macam macam makanan laut disediakan. Sampaikan tak cukup arang!. Trima kasih kat semua kengkawan sebab tolong..... aku yang dah ada anak nie tak tolong banyak....!!!.
Yang penting semua happy.....tengoklah gelagat sorang sorang nie...


 


Malam tu jugak, kitorang celebrate birthday Irma, Fadzli, Zainal & Zulaikha (anak aku)