Wednesday 20 November 2013

Kisah Hantu di Padang Rengas

Salam...semalam aku berkesempatan menonton rancangan seekera musim ke 9, artis jemputan nadia mustapha. Actually aku bukannya suka sangat dengan rancangan ni sebab tak pernah pun nampak yang real. Tapi semalam bila tengok reaction Nadia Mustapha, aku yakin dia ada nampak benda tu.
Sepertimana tajuk kat atas...aku nak juga share beberapa kisah seram yang aku sendiri alami. Mungkin aku salah sorang yang Allah pilih untuk nampak benda benda ni.
Kejadian pertama yang aku alami sewaktu aku berumur 12 tahun. Masa tu aku menetap di Pekan Padang Rengas. Rumah kami betul betul beradapan dengan tapak Pekan Isnin lama. Tak ingat pula aku hari tu hari apa tapi yang pasti malam aku tertidur seorang di ruang tamu. Aku terjaga kala jam di dinding menunjukkan jam 3 pagi.
Masa tu aku macam mamai lagi...tapi tiba tiba aku dikejutkan dengan ketukan kuat pada pintu dapur..lantas aku bergegas ke dapur. Aku lihat daun tingkap terkuak kuak dengan kuatnya seolah olah ada angin ribut yang menghempas tingkap. Tidak lama kemudian ketukan kuat kedengaran di tingkap ruang tamu..lantas aku bergegas ke ruang tamu. Daun pintu menghempas bingkainya dengan kuat. Angin kencang kelihaan di luar rumah. Tiba tiba pintu rumah terbuka luas. Aku yang berdiri betul betul dihadapan pintu rumah terdiam kaku. Ntahvtak ingat aku feeling aku masa tu. Yang pasti aku lihat makhluk serba putih dengan mata merah muncul. Aku berganjak perlahan lahan ke belakang hingga ke dinding. Tiada tempat lagi untuk aku bergerak, lantas aku duduk sambil memeluk lutut. Masa tu memang dah tak ada perasaan lagi. Makhluk tadi mara hingga depan aku...jarak kami lebih kurang tiga meter. Makhluk yang mula mula tadi hanya sekor jer bertambah bilangannya kira kira berbelas ekor dengan tahap umur berbeza. Ada yang sangat tua...ada juga sebaya kanak kanak. Aku terkumat kamit cuba membaca ayat kursi. Tapi lain yang keluar...tiba tiba ayat kursi dah jadi iftitah. Tak au kat mana melencongnya. Tapi ayat last aku sedar tu bukan ayat kursi lagi. Peluh jangan cakaplah banyaknya. Nak bergerak memang ak boleh...kaku aku disiti sorang sorang. Lebih kurang beberapa minit, tiba tiba mak aku keluar dari bilik. Suasana menjadi begitu sepi...semua makluk tu hilang entah kemana. Mak aku ketandas kemudian masuk balik. Langsung tak tegur aku. Aku masih terpinga di situ sambil memeluk lutut. Tiba tiba mak aku keluar balik dari bilik dan melihat aku aku. Aku terus tegur mak. Aku tanya dia kenapa keluar lagi. Yang pelik...mak kata tadi dia tak keluar pun....oppp....sapa pulak tadi tu....!!!! aku lantas mengambil yasin yang diletakkan di atas gerobok. Mak tak tanya banyak..terus ke tandas dan masuk ke bilik semula. aku pula..keletihan..memeluk erat yasin hingga terlena hingga ke pagi.

Villa Nabila...Kisah Misteri Terjawab.

Assalamualaikum....
Akhirnya kisah kehilangan remaja sejak beberapa hari lalu telah selesai. Segala misteri yang menjadi tanda tanya telah terjawab. Aku sikit pun tak percaya dengan kaitan kehilangan budak tu dengan mistik. Nyata telahanku benar belaka. Apa nak heran...bandar jb memang sentiasa meriah tambahan dengan wujudnya Bazar Karat. Kadang kadang aku sekeluarga pun berjalan kat bandar sampai lewat pagi.....
Namun ada lagi yang belum dirungkai. Benarkah segala kisah yang dipaparkan oleh sesetengah blog. Aku teringin sangat nak tahu berkenaan kesahihannya. Alhamdulillah...jawapan yang sahih 100% aku dapat. Memandangkan keluarga husband aku memang orang Johor pure...aku cuba mencongkel misteri tempat berkenaan.
Menurut cerita mak cik husband aku..kini umurnya mencecah 55 tahun, beliau pernah berkunjung ke rumah berkenaan semasa zaman remaja. Ketika itu jirannya Pak Mat menjadi pak guard di rumah berkenaan. Kediaman berkenaan tidak didiami tetapi dijadikan tempat persinggahan oleh pemilik dan ahli keluarga yang tinggal di luar negeri. Akhirnya...apabila Pak Mat tidak lagi menjaga rumah berkenaan, ia menjadi usang dah ditumbuhi pokok. Segala cerita seram yang dikaitkan dengan tempat berkenaan terutamanya kisah Nabila yang dikatakan dibunuh dengan kejam juga adalah palsu. Tiada siapa yang dapat mengesahkan cerita berkenaan.
Petang tadi semasa melalui depan villa nabila..jalan masuk ke villa berkenaan telah ditutup dengan zink. Nampaknya pihak berkuasa telah mengambil langkah menghalang orang awam dari mencerobohi kawasan berkenaan. Syabas!. Sebenarnya tiada apa yang menarik pun dengan tempat itu melainkan semak samun serta suasana seram sesuai untuk jin bertandang. Atau hantu hantu berkepala hitam yang menjadikan tempat tu utk kerja kerja tak berfaedah.
Aku percaya..ramai sebenar yang tak percaya dengan kaitan kehilangan budak ni dengan jin dan hantu. Yang mereka minat adalah menjadikan cerita ini sensasi. Kejadian ini berlaku hanya beberapa hari sahaja cuti sekolah bermula. Aku yakin...ada hikmahnya juga kejadian ini. Swmua pihak terutamanya ibubapa perlu peka dengan kegiatan harian anak anak tambahan pada cuti sekolah ni. Kenali setiap rakan anak anak..mungkin kita perlu mengambil nombor telefon setiap rakan mereka. Bagi yang berkemampuan...boleh rencanakan program cuti sekolah anak anak. Pantau siapa rakan rakan mereka dan aktiviti mereka. Masyarakat juga perlu sama sama menegur jika lihat berlakunya kemungkaran dan sentiasa menyokong aktiviti belia yang berfaedah.