Tuesday 26 April 2011

Dalam Kenangan......Percutian ke Bandung

Rancangan kami untuk jalan-jalan ke Jusco Bukit Indah semalam tak menjadi. Kami pergi makan KFC kat Jusco Taman Universiti jer. Lambat pulak husband aku balik semalam, so malas pulak nak jalan jauh-jauh. Lagi pulak, mak mertua aku call bagitau yang dia nak hantar anakku, Yusof.
Sedang aku bersiap, anak sulung aku Zulaikha leka dengan komputer. Tetiba terpandang aku album kami jalan-jalan kat Bandung bulan Febuari lepas. Rombongan percutian kami tu sebenarnya ganjaran daripada syarikat sebagai sebahagian dari Bonus tahun 2010 yang lepas. But, untuk yang dah kerja lebih setahun jer. Kami 4 sekeluarga dan sorang mamat bujang dalam rombongan tu, tapi si mat bujang nie follow aku sekeluarga, kesian dia, tak der teman. Aku awal-awal lagi sebelum pergi minta dia tengok-tengokkan anak-anak aku yang aktif-aktif dua orang ni. Dengan cara tu, dia pun dapat manfaat jugak....ada ler teman!!!
Percutian kami menggunakan khidmat Kembara Ilmu World Services, aku boleh recommend la diorang ni, memang baik dan bagus, cuma jangan expect lebih-lebih arrr....ikut budget. Paling best, pergi Tangkuban Perahu, kawah gunung berapi! Kat sana meriah sungguh, terutamanya dengan penjual-penjal cenderamata. Sampai jer kat sana, kami sekeluarga diekori oleh 5 orang penjual dan diorang akan follow sampai kitorang balik!. Kena pandai-pandai la nak larikan diri. Tour guide kami memang dah pesan awal-awal jadi kami dah sedia maklum. Angin kat sana kuat....sejuk beb....so sesiapa yang cadang nak ke sana pakailah baju tebal-tebal. Keluar dari Tangkuban Parahu, kami ke taman air panas. Kat sini bole h mandi....diorang cakap air kat sini pun boleh jadi penawar pelbagai penyakit. Disebabkan kami memang tak cadang nak mandi, kami cuma rendam  kaki jer kat kolam tu. Kolam tu pulak ada banyak dan berperingkat-peringkat. Ada yang panas hingga yang kurang panas. Luas jugak kawasannya....letih kami terutamanya nak handle bebudak dua orang ni, namun keletah mereka membuatkan kami sangat terhibur.
Selain itu,aktiviti kami kat sini dipenuhi dengan membeli belah and window shopping. Kat sini banyak giler branded shop....murah dengan kualitinya. Cuma pada pandangan aku la....selain baju branded, pakaian kulit macam kasut dan talipinggang, anak patung dan kain ela....benda-benda lain macam blaus, seluar, baju tidur, tudung.... harga barang-barang tu smua sama jer macam kat malaysia. Kalau nak puas hati cari benda-benda yang berkualiti! Berkualiti serta harganya jauh lebih murah dari kat malaysia....tak bermakna benda tu murah but murah dengan kualitinya.
Antara tempat membeli belah yang kami kunjungi adalah Pasar Baru, Jalan Dago dan Paris Ben Java.
Makanan kat sini, tak der apa yang sangat-sangat special, smuanya biasa jer. Last day tu sebelum balik ke airport, kitorang minta nak makan pizza hut. Kengkawan aku la yang request. Berdasarkan pembacaan diorang kat blog-blog, ramai yang cakap pizzahut kat sini lain sikit. Memang betul!!! Topper dia penuh! Sup nya pun lebih sedap!

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN