Friday 5 April 2013

How I Start My Business

3 April 2013
Assalamualaikum....
Ini merupakan catatan pertama aku untuk rancangan perniagaan aku untuk membuka kedai jahit. Setelah hampir 4 tahun terkandas atas beberapa sebab... Aku meyakinkan diri untuk menyambung kembali hajat yang tidak kesampaian itu.
Dua minggu lepas aku mula mengiklankan di internet, mencari rakan kongsi bekerja sepenuh masa sebagai tukang jahit. Walaupun aku jua mahir dalam jahitan, namun aku lebih cenderung dengan kerja kerja pengurusan. Rancangan perniagaan telah lama aku siapkan...yang penting kini mendapatkan pekerja, kedai dan sedikit kos menjalankan perniagaan. Rakan kongsi merangkap tukang jahit sepenuh masa dah ada.... Hari Ahad lepas aku dah survey kedai...tinggal nak booking sahaja... pelan operasi juga telah aku rangka kini tinggal modal sahaja yang tinggal. Dengan kesudukan kewangan dan komitmen aku yang besar... memang sukar untuk aku membuat pinjaman...jadi ada beberapa alternatif untuk aku mendapatkan sumber modal. Sewa sebanyak RM1000 sebulan bagi aku ok jer... Tapi untuk permulaan rasanya ok jugak kalau aku sewakan separuh.  Berdasarkan budgat aku... dengan tempahan sebanyak 5 pasang sehari... Kami akan dapat menampung kos overhead. Tetapi kami juga mesti ada sokongan jika berlaku apa apa kemungkinan.

Check your bill !!!



Alhamdulillah.... Finally i got refund. Hai kengkawan smua... Ni i sendiri punya experience yer....Oppsss... Belum citer lagi...ok. ..ni kisahnya
Kisah 1 : beberapa tahun sudah...my ex bos asyik membebel jer kat aku pasal ubil  tmnet yang dia bayar tiap tiap bulan. Katanya line ni dia dah potong...so dia minta aku follow upkan lah.... . Bila aku call TM, diorang kata ada tiga line lagi kat akaun xbos aku tu... Pasbtu aku minta bos aku tutup lah line yg ada tu. Terkejutnya aku bila minta detail rupanya dua line under my xbos account belong to other person which adress dia kat Kedah. Punyalah jauh....kitorang kat jb...line tu pulak kat kedah. Bila xbos aku nak tutup line tu tak boleh pulak sebab org TM tu kata line tu bukan under my xbos punya nama. So apa hal pulak ni en TM. Kalau dah tahu bukan nama my xbos... Kenapa u charge kat account dia....nak buat cam ner nie....boleh pulak dia suruh org yg berkenaan tu yg tutup. Mana nak cari...bukannya kitorang kenal org kedah tu. Lepas semua usaha aku tak berjaya.... Aku ajukan pertanyaan kat SKMM. Semua document yg berkenaan aku scan dan email sekali. 



Akhirnya....kurang sebulan...TM call aku ckp amaun tertunggak dan tuntutan diorang dah settle. Maknanya tak payah bayar..tapi claim overpaid aku diorang tak pulang balik....disebabkan itu account personal boss aku...aku ok jer...janji diorang tak kejar xbos aku lagi.  Thanks kat skmm sebab tu kali kedua diorang tolong aku. So pada kengkawan yang ada masalah pasal hal hal komunikasi...aku sarankan minta tolong skmm..makesure bg semua doc dengan lengkap...mesti cepat settle punya...

Kisah 2 : dah dua kali jadi kat aku. Ni pasal bil maxis.... Maaf yer maxis...i bukan nak complain u olllss sebab i memang puas hati dengan service maxis. Beberapa tahun lepas jugak aku tengok bill aku ada charge yg meragukan untuk service ntah apa apa dr nombor xxxxx ni...nasih baik kat bil tu ada no phone company ni. Aku just tanya macammana aku acccept korang punya service...dia kata aku touch pas tu kira terima.... Amboi...senangnya.... Dia ingat screen telefon berar gedabak ker.... Ko yg masuk kat phonr aku pas tu ko kata aku touch...memang lah aku nak touch..sebab ni phone aku..yang ko tu sesuka hati nak masuk line aku pasal. Satu lagi...bebaru ni aku dpt sms...cam ni lebih kurang dlm bahasa melayu.... "Anda telah menerima service bla bla bla.., jika anda tidak mahu menerima sevice sila tekan CANCEL dan send ke nombor XXX". Aku bo layan jer. Hello.... Ini phone aku yer...jgn suka suka suruh aku pulak yang buat keje tuk korang. The next month, aku tengok dalam bil aku dah kena charge! Apa lagi, sekali lagi aku call Maxis. Thank Maxis...finally aku dapat refund. Tapi Maxis pun kata diorang tak boleh buat apa pada mulanya, so aku minta nombor phone service provider tu dan call sendiri. Cakap baik-baik jer... Tak sampai seminggu, aku tengok bil aku dah ada bayaran.
Kesimpulannya.... kepada kengkawan kat sana, selalulah korang simpan bil ker, invoice ker, resit ker... whatever transaction document untuk semakan masa akan datang k. Kalau kita ada semua tu, senang nanti kalau ada apa apa masalah, yang yang paling penting, make sure korang check korang punya bill.....heheheh!!!
Thank...