Friday 5 April 2013

How I Start My Business

3 April 2013
Assalamualaikum....
Ini merupakan catatan pertama aku untuk rancangan perniagaan aku untuk membuka kedai jahit. Setelah hampir 4 tahun terkandas atas beberapa sebab... Aku meyakinkan diri untuk menyambung kembali hajat yang tidak kesampaian itu.
Dua minggu lepas aku mula mengiklankan di internet, mencari rakan kongsi bekerja sepenuh masa sebagai tukang jahit. Walaupun aku jua mahir dalam jahitan, namun aku lebih cenderung dengan kerja kerja pengurusan. Rancangan perniagaan telah lama aku siapkan...yang penting kini mendapatkan pekerja, kedai dan sedikit kos menjalankan perniagaan. Rakan kongsi merangkap tukang jahit sepenuh masa dah ada.... Hari Ahad lepas aku dah survey kedai...tinggal nak booking sahaja... pelan operasi juga telah aku rangka kini tinggal modal sahaja yang tinggal. Dengan kesudukan kewangan dan komitmen aku yang besar... memang sukar untuk aku membuat pinjaman...jadi ada beberapa alternatif untuk aku mendapatkan sumber modal. Sewa sebanyak RM1000 sebulan bagi aku ok jer... Tapi untuk permulaan rasanya ok jugak kalau aku sewakan separuh.  Berdasarkan budgat aku... dengan tempahan sebanyak 5 pasang sehari... Kami akan dapat menampung kos overhead. Tetapi kami juga mesti ada sokongan jika berlaku apa apa kemungkinan.

No comments:

Post a Comment