Thursday, 29 March 2012

DIY - MEMBUAT LANGSIR RINGKAS DAN MUDAH

Beberapa hari sudah, teman dah berjaya siapkan langsir untuk rumah teman. Rasanya setelah beberapa tahun menjahit, elok juga kalo ilmu yang teman dapat ni teman kongsi kan sesama rakan-rakan yang memang minat menjahit. Boleh juga teman-teman yang lain jadikan panduan kalo berminat.


BAHAGIAN 1 : MENDAPATKAN UKURAN

Step 1 : Dapatkan ukuran asas
Ukuran asas maknanya panjang dan lebar ruang dimana langsir ingin dipasang, contohnya ukuran asas tingkap. Untuk lebar tingkap, biasanya kita ikut panjang reel langsir yang telah dipasang. Untuk ketinggian pula, ukurannya dikira mengikut ukuran sebenar tingkar.

Untuk contoh di sebelah, ukuran asasnya adalah 24 inci lebar x 40 inci labuh





STEP 2 : Dapatkan ukuran siap langsir

Ukuran siap langsir akan menunjukkan kedudukan langsir pada tingkap. Tiada beza pada ukuran lebar tetapi untuk labuh langsir, ukurannya biasanya mengikut citarasa masing-masing. Ada yang suka labuh, ada juga yang suka pendek saja. Bergantung kepada kesesuaian dan tempat.

Formula untuk mendapatkan ukuran siap langsir adalah seperti berikut:-

Ukuran siap Lebar = 24 inci

Ukuran siap Labuh = 40 inci + 15 inci = 55 inci 

STEP 3 : Dapatkan ukuran kain
Ukuran kain diambil untuk memudahkan kita menggunting kain untuk dijadikan langsir. Ukuran lebar kain adalah berganting kepada paten langsir yang dipilih. Untuk french plate (menggunakan tape langsir biasa), ukuran lebar kain adalah seperti berikut:-

UKURAN KAIN - LEBAR
 
Ukuran kain (Lebar) - (1 inci lipatan luar + 0.5 inci lipatan dalam) + (24 inci x 2) + (1 inci lipatan luar + 0.5 inci lipatan dalam) = 51 inci

UKURAN KAIN - LABUH
Ukuran kain (Labuh) - 0.5 inci + 55 inci + (3 inci lipatan luar + 0.5 inci lipatan dalam) = 59 inci

OLEH ITU, GAMBARAN UKURAN KAIN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-


BAHAGIAN 1 :JAHITAN

STEP 1 : Menggunting kain langsir

Ukuran kain yang perlu dipotong adalah 59 inci lebar x 51 inci labuh. Untuk langsir yang kecil seperti ini, kain bidang 60 inci sudah memadai. Walaubagaimanapun, sekiranya ukuran kain melebihi 60 inci, sambungan perlu dibuat.

STEP 2 : Menanda garisan lipatan

Untuk memudahkan jahitan, eloklah ditanda dahulu kain tersebut. Untuk contoh ini, tandakan 0.5 inci disekeliling kain, 1 inci lagi ke dalam untuk bahagian kiri dan kanan, 0.5 inci untuk bahagian atas, 3 inci ke dalam untuk bahagian bawah. Iilustrasinya seperti ini :-



STEP 3 : Menjahit kain langsir
1. Buat lipatan pada bahagian kiri dan kanan, seterika, jelujur kemudian jahit.
2. Buat lipatan pada bahagian bawah, seterika, jelujur kemudian jahit.
3. Buat lipatan pada bahagian atas.


STEP 4 : Menjahit tape langsir
Bentangkan kain dengan bahagian dalam ke atas. Letakkan tape langsir diletakkan bahagian atasnya, penitikan hingga habis supaya mudah dijahit.Nota : Untuk mereka yang baru belajar menjahit, tape langsir boleh berkedut-kedut jika salah tekniknya. Tips: Jahit bahagian dalam dahulu kemudian baru jahit bahagian luar


APABILA SIAP, KEMASKAN DENGAN MEMBUANG LEBIHAN BENANG.


TIP :
UNTUK MENGELAKKAN SAMBUNGAN PADA BAHAGIAN TENGAH, GUNAKAN KAIN YANG MEMPUNYAI BIDANG 100" KE ATAS. UKURAN KAIN INI ADALAH MENGIKUT LEBAR.

Note : Terima kasih kepada cikgu Nor dan Cikgu Supian dari Giat Mara Kuala Kangsar yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya. Hari ini ilmu yang kalian berikan banyak membantu serta memberi manfaat kepada kehidupan saya......

5 comments:

  1. askum kak saya berminat tuk belajar menjahit tapi x tau dkat mane nak tuju...kedai swasta mahal,sy baru je pindah cni 8 bulan ikut suami transfer...boleh akak bg in4,ni no sy azie 017-2817728 fb sy marziedah syushita

    ReplyDelete
  2. askum kak saya berminat tuk belajar menjahit tapi x tau dkat mane nak tuju...kedai swasta mahal,sy baru je pindah cni 8 bulan ikut suami transfer...boleh akak bg in4,ni no sy azie 017-2817728 fb sy marziedah syushita

    ReplyDelete
  3. tips agar xbkedut: jahit bhgian dlm dlu kmudian luar. Mksud dalam yg bhgian mna erk?

    ReplyDelete
  4. Assalam.Terima kasih atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete

Share It