Tuesday, 10 May 2011

PANAS...PANAS...PANAS


Fuhhh..... tak boleh tahan. Dah dekat seminggu lebih cuaca panas kat Skudai ni. Beberapa hari sudah call atuk kat Kluang, dia cakap tengah hujan lebat, pulak !!!. Sebelum ni, kalau panas macam ni, aku memang akan kena  headache, tapi kali ni tak der pulak! Beberapa hari sudah aku masih bersemangat buat kerja-kerja rumah serta melayan hobi aku, menjahit, tapi sejak Isnin baru-baru ni, badan aku dah tak bermaya. Balik jer dari kerja, awal malam aku dah masuk tido. Tapi malangnya, tidur aku tak lena, macam di awang-awangan jer.
Hari nie, aku ada surf kat sini pasal cuaca panas yang melanda Malaysia sekarang ni, beberapa rtikel berkenaan hal ni aku copy and paste kat bawah ni,



Berita Harian Online

Cuaca panas dijangka berakhir minggu depan
2011/05/09

KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.
"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya.
Namun, beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal pada Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada Mei 1998.

"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lubuk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C)," katanya.

Saw berkata, keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering dan menjadikan api mudah marak, seterusnya boleh menyumbang kepada jerubu.

Beliau menasihatkan orang ramai mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya meminum air dalam kuantiti yang banyak," katanya.

Sementara itu, di beberapa kedai elektrik sekitar bandar raya Kuala Lumpur, jualan pendingin hawa meningkat.

Penolong Pengurus Courts Mammoth Cawangan Cheras, Abdul Rahim Mohammad, berkata dua tiga hari kebelakangan ini, banyak pelanggan yang membeli pendingin hawa.

"Saya tidak dapat memberikan jumlahnya tetapi memang kami ada dapat banyak tempahan daripada pelanggan," katanya.

Syarikat Sen Heng Cawangan Kepong juga mencatat peningkatan penjualan produk itu dalam tempoh seminggu lalu.

"Satu minggu saya rasa purata dalam 12 unit. Semalam sahaja empat hingga lima unit dijual. Sebelum ini tidak seperti sekarang, saya rasa ini adalah disebabkan faktor cuaca sekarang," kata jurujual, Mohd Hairani Abdul Wahab. -

kosmo

Impak cuaca panas






FENOMENA cuaca panas melampau dengan suhu sehingga 38.1 darjah Celcius yang melanda negara turut dialami oleh beberapa buah negara Asia seperti Indonesia dan Filipina. Tidak terkecuali Australia.
Namun apa yang dialami oleh penduduk negara ini mungkin tidak seburuk di Afrika Tenggara, India dan Brazil utara yang terpaksa berhadapan dengan cuaca lebih panas dan kering. Suhu normal di Malaysia ialah 32 darjah Celcius.
Meskipun fenomena itu jarang berlaku, namun kesannya cukup dirasai oleh sebahagian besar penduduk di negara ini. Kepada mereka yang banyak menghabiskan sebahagian besar waktu bekerja di luar, cuaca panas mengakibatkan rasa tidak selesa. Di sesetengah kawasan, cuaca panas mengakibatkan kebakaran hutan dan tanah kering mengakibatkan tanaman mati.
Persoalannya, apakah punca berlakunya cuaca panas yang melampau itu? Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Dr. Yap Kok Seng, kedudukan matahari yang hampir tegak di kawasan khatulistiwa dan liputan awan yang berkurangan antara faktor penyumbang keadaan tersebut.
Keadaan itu diburukkan lagi dengan fenomena El-Nino sederhana yang berlaku di Lautan Pasifik Tengah.


PANAS yang keterlaluan boleh mengakibatkan air sungai surut.



"Cuaca panas dan kering ini bermula pada bulan Februari hingga pertengahan Mac 2010 di negeri-negeri di utara Semenanjung, Sabah dan utara Sarawak," katanya.
El-Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku setiap tahun di timur Lautan Pasifik berhampiran luar pantai Peru. Ia menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia.
Kesannya turut dirasai di banyak negara termasuk di Asia Tenggara.
El-Nino pernah melanda negara sebanyak 12 kali di antara tahun 1951 hingga tahun 1998. Kejadian El-Nino yang terburuk berlaku sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1982 hingga tahun 1983, 1997 dan 1998.
Tahun 1998 merupakan tahun yang merekodkan suhu tertinggi dengan 50 peratus daripada rekod suhu tertinggi dicatatkan. Krisis bekalan air di Lembah Kelang dan masalah jerebu menjadi isu besar.
Pada tahun yang sama, beberapa buah negara-negara di Asia iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand turut merasai impak yang sama. Cuaca panas juga meningkatkan kes penyakit seperti taun, demam denggi dan malaria.
Walaubagaimanapun katanya, hujan mula turun bermula minggu ketiga bulan Mac lalu bagi mengurangkan sedikit impak cuaca panas dan kering yang berlaku.


CUACA panas yang melampau mengakibatkan kemarau di sesetengah kawasan di Semenanjung Malaysia.


No comments:

Post a Comment

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.