Terbaru, Nikon telah melancarkan 1 lagi model kamera DSLR baru; D3200. Ini bagi menggantikan model sebelum ini; D3100 model kamera DSLR paling asas dan harga berpatutan di dalam kategorinya.
Spesifikasinya agak menarik sekali. Apa yang menarik minat saya adalah pada skrin LCDnya. Kali ini ditambah kepada 921,000 dot sama seperti model D300s, D700, D3s, D4. Pasti lebih baik bagi kita untuk melihat gambar yang telah dirakam.
Image prosessor terbaru daripada Nikon iaitu Nikon EXPEED 3 juga digunakan pada model D3200 ni. Prosessor ini membantu mendapatkan gambar yang jelas, tona yang baik dan pastinya noise yang lebih baik.
Megapixel yang ditawarkan juga lebih tinggi iaitu 24.2 megapixel! Ditambah dengan WU-1a Wi-Fi modul.





*Sumber gambar dan berita di sini dan KenRockwell.

Memandangkan aku tak der pengalaman yang banyak dalam menggunakan kamera DSLR ni, aku pun tak berapa paham beberapa perkataan yang aku baca. Korang yang dah tahu tu jangan nak gelak kan aku plak....

DSLR tu ape ke benda nyer?
Tengah google google tadi jumpalah maksud DSLR tu.......
DSLR merupakan singakatan bagi DIGITAL SINGLE LENS REFLEX......sorry tapi apa maknanya. Tak payah ler tahu apa maknanya yang penting gambar tu lebih baik dari kamera compact. So atas nasihat kengkawan supaya aku tangkap gambar sebayak mungkin sebagai latihan, aku berazam minggu nie aku nak tangkap gambar jer...hehehe.