Wednesday 20 November 2013

Villa Nabila...Kisah Misteri Terjawab.

Assalamualaikum....
Akhirnya kisah kehilangan remaja sejak beberapa hari lalu telah selesai. Segala misteri yang menjadi tanda tanya telah terjawab. Aku sikit pun tak percaya dengan kaitan kehilangan budak tu dengan mistik. Nyata telahanku benar belaka. Apa nak heran...bandar jb memang sentiasa meriah tambahan dengan wujudnya Bazar Karat. Kadang kadang aku sekeluarga pun berjalan kat bandar sampai lewat pagi.....
Namun ada lagi yang belum dirungkai. Benarkah segala kisah yang dipaparkan oleh sesetengah blog. Aku teringin sangat nak tahu berkenaan kesahihannya. Alhamdulillah...jawapan yang sahih 100% aku dapat. Memandangkan keluarga husband aku memang orang Johor pure...aku cuba mencongkel misteri tempat berkenaan.
Menurut cerita mak cik husband aku..kini umurnya mencecah 55 tahun, beliau pernah berkunjung ke rumah berkenaan semasa zaman remaja. Ketika itu jirannya Pak Mat menjadi pak guard di rumah berkenaan. Kediaman berkenaan tidak didiami tetapi dijadikan tempat persinggahan oleh pemilik dan ahli keluarga yang tinggal di luar negeri. Akhirnya...apabila Pak Mat tidak lagi menjaga rumah berkenaan, ia menjadi usang dah ditumbuhi pokok. Segala cerita seram yang dikaitkan dengan tempat berkenaan terutamanya kisah Nabila yang dikatakan dibunuh dengan kejam juga adalah palsu. Tiada siapa yang dapat mengesahkan cerita berkenaan.
Petang tadi semasa melalui depan villa nabila..jalan masuk ke villa berkenaan telah ditutup dengan zink. Nampaknya pihak berkuasa telah mengambil langkah menghalang orang awam dari mencerobohi kawasan berkenaan. Syabas!. Sebenarnya tiada apa yang menarik pun dengan tempat itu melainkan semak samun serta suasana seram sesuai untuk jin bertandang. Atau hantu hantu berkepala hitam yang menjadikan tempat tu utk kerja kerja tak berfaedah.
Aku percaya..ramai sebenar yang tak percaya dengan kaitan kehilangan budak ni dengan jin dan hantu. Yang mereka minat adalah menjadikan cerita ini sensasi. Kejadian ini berlaku hanya beberapa hari sahaja cuti sekolah bermula. Aku yakin...ada hikmahnya juga kejadian ini. Swmua pihak terutamanya ibubapa perlu peka dengan kegiatan harian anak anak tambahan pada cuti sekolah ni. Kenali setiap rakan anak anak..mungkin kita perlu mengambil nombor telefon setiap rakan mereka. Bagi yang berkemampuan...boleh rencanakan program cuti sekolah anak anak. Pantau siapa rakan rakan mereka dan aktiviti mereka. Masyarakat juga perlu sama sama menegur jika lihat berlakunya kemungkaran dan sentiasa menyokong aktiviti belia yang berfaedah.

1 comment: