Monday, 9 April 2012

Keputusan Penuh ABPBH 2011- Senarai Lengkap Pemenang






Senarai penuh keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011


Bintang Paling Popular 2011
Aaron Aziz (as expected!)
Penyanyi Lelaki Popular
Hafiz
Penyanyi Wanita Popular
Yuna (jangan tarik balik anugerah ni nanti ye, hehe opsss)
Artis Baru Lelaki Popular
Johan As’ari (memang dijangkakan)
Artis Baru Wanita Popular
 Tasha Shilla (ini mengejutkan sebenarnya)
Pelakon Filem Lelaki Popular
 Aaron Aziz (menggamatkan suasana!)
Pelakon Filem Wanita Popular
Maya Karin
Pelakon TV Lelaki Popular
Fizz Fairuz (ramai yang hairan, kenapa bukan Aaron Aziz?, menangis Fizz atas pentas, hehe)
Pelakon TV Wanita Popular
 Fasha Sandha
Artis Komedi Lelaki Popular
Johan Raja Lawak (memang layak walaupun ramai yang ramal Zizan)
Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias (tahniah kak Didie!)
Pengacara TV Lelaki Popular
Zizan Raja Lawak (agak dramatik apabila Aznil Hj Nawawi tiba tiba ambil trofi di pentas dan menyerahkannya kepada Zizan)
Pengacara TV Wanita Popular
 Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail (as always)
Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana
Artis Duo/Berkumpulan Popular
3 Suara (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor) (tahniah, memang dijangka)
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Sheila Majid (Tahniah Datuk!)



Thursday, 5 April 2012

SETTING BLOG HEADER

Assalamualaikum.....

Baru-baru ni, saya telah mempelajari sesuatu tentang blog. Sebenarnya memang dah lama saya mencari topik ni, tapi baru jer terasa nak cari. Akhirnya jumpa juga.

BAGAIMANA NAK SETKAN TAJUK BLOG BERADA DI TENGAH-TENGAH PAGE....
macam blog saya ni.......


CARANYA MUDAH SAHAJA....

Langkah 1: Log in blog anda, kemudian download gambar header anda.

Langkah 2 : Pergi ke Template Designer > Advanced > Add CSS (see below), tan masukkan kod ini:
.header-outer {
margin-left:90px;
}


Langkah 3: Sekarang apa yang perlu anda lakukan adalah melaraskan nilai "90" nilai, bergantung kepada berapa besar header anda, dan bagaimana luas blog anda, jadi hanya bermain dengan nombor sehingga ia kelihatan betul di tengah.

SELAMAT MENCUBA.....




Tuesday, 3 April 2012

DIY-LAMPU HIASAN

Hai, ini bukan teman yang buat, cuma share dari email yang teman teriman. Bagus jugak kalau kita dapat buat sendiri perhiasan cam ni...!

Kaedah gubah lampu hiasan dgn kreatif dan murah

Peralatan yang diperlukan



















Langkah 1

 
































Langkah2


































Langkah3 

 

Langkah 4

 

































Langkah5

 
































HASILNYA

 .

 .

 .

 .

 .

 .


 

Thursday, 29 March 2012

DIY - MEMBUAT LANGSIR RINGKAS DAN MUDAH

Beberapa hari sudah, teman dah berjaya siapkan langsir untuk rumah teman. Rasanya setelah beberapa tahun menjahit, elok juga kalo ilmu yang teman dapat ni teman kongsi kan sesama rakan-rakan yang memang minat menjahit. Boleh juga teman-teman yang lain jadikan panduan kalo berminat.


BAHAGIAN 1 : MENDAPATKAN UKURAN

Step 1 : Dapatkan ukuran asas
Ukuran asas maknanya panjang dan lebar ruang dimana langsir ingin dipasang, contohnya ukuran asas tingkap. Untuk lebar tingkap, biasanya kita ikut panjang reel langsir yang telah dipasang. Untuk ketinggian pula, ukurannya dikira mengikut ukuran sebenar tingkar.

Untuk contoh di sebelah, ukuran asasnya adalah 24 inci lebar x 40 inci labuh





STEP 2 : Dapatkan ukuran siap langsir

Ukuran siap langsir akan menunjukkan kedudukan langsir pada tingkap. Tiada beza pada ukuran lebar tetapi untuk labuh langsir, ukurannya biasanya mengikut citarasa masing-masing. Ada yang suka labuh, ada juga yang suka pendek saja. Bergantung kepada kesesuaian dan tempat.

Formula untuk mendapatkan ukuran siap langsir adalah seperti berikut:-

Ukuran siap Lebar = 24 inci

Ukuran siap Labuh = 40 inci + 15 inci = 55 inci 

STEP 3 : Dapatkan ukuran kain
Ukuran kain diambil untuk memudahkan kita menggunting kain untuk dijadikan langsir. Ukuran lebar kain adalah berganting kepada paten langsir yang dipilih. Untuk french plate (menggunakan tape langsir biasa), ukuran lebar kain adalah seperti berikut:-

UKURAN KAIN - LEBAR
 
Ukuran kain (Lebar) - (1 inci lipatan luar + 0.5 inci lipatan dalam) + (24 inci x 2) + (1 inci lipatan luar + 0.5 inci lipatan dalam) = 51 inci

UKURAN KAIN - LABUH
Ukuran kain (Labuh) - 0.5 inci + 55 inci + (3 inci lipatan luar + 0.5 inci lipatan dalam) = 59 inci

OLEH ITU, GAMBARAN UKURAN KAIN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-


BAHAGIAN 1 :JAHITAN

STEP 1 : Menggunting kain langsir

Ukuran kain yang perlu dipotong adalah 59 inci lebar x 51 inci labuh. Untuk langsir yang kecil seperti ini, kain bidang 60 inci sudah memadai. Walaubagaimanapun, sekiranya ukuran kain melebihi 60 inci, sambungan perlu dibuat.

STEP 2 : Menanda garisan lipatan

Untuk memudahkan jahitan, eloklah ditanda dahulu kain tersebut. Untuk contoh ini, tandakan 0.5 inci disekeliling kain, 1 inci lagi ke dalam untuk bahagian kiri dan kanan, 0.5 inci untuk bahagian atas, 3 inci ke dalam untuk bahagian bawah. Iilustrasinya seperti ini :-



STEP 3 : Menjahit kain langsir
1. Buat lipatan pada bahagian kiri dan kanan, seterika, jelujur kemudian jahit.
2. Buat lipatan pada bahagian bawah, seterika, jelujur kemudian jahit.
3. Buat lipatan pada bahagian atas.


STEP 4 : Menjahit tape langsir
Bentangkan kain dengan bahagian dalam ke atas. Letakkan tape langsir diletakkan bahagian atasnya, penitikan hingga habis supaya mudah dijahit.Nota : Untuk mereka yang baru belajar menjahit, tape langsir boleh berkedut-kedut jika salah tekniknya. Tips: Jahit bahagian dalam dahulu kemudian baru jahit bahagian luar


APABILA SIAP, KEMASKAN DENGAN MEMBUANG LEBIHAN BENANG.


TIP :
UNTUK MENGELAKKAN SAMBUNGAN PADA BAHAGIAN TENGAH, GUNAKAN KAIN YANG MEMPUNYAI BIDANG 100" KE ATAS. UKURAN KAIN INI ADALAH MENGIKUT LEBAR.

Note : Terima kasih kepada cikgu Nor dan Cikgu Supian dari Giat Mara Kuala Kangsar yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya. Hari ini ilmu yang kalian berikan banyak membantu serta memberi manfaat kepada kehidupan saya......

Tuesday, 20 March 2012

SEMANGAT BARU



Kain dah beli, mesin dah keluar....hai naik pening hubby teman tengok teman beberapa hari ni! SEmangat teman tengah berkobar-kobar ni!. Sejak beberapa hari lalu teman mengadap mesin jahit jer. Ni projek baru. Dah lama tak megang mesin, ni baru ada kesempatan. Banyak betul halangan teman terpaksa ngadap tuk siapkan langsir impian teman nih!






Rasanya dah sebulan teman beli kain cotton ni. Nak buat langsir baru. Last year rumah teman tak ganti langsir masa raya. Nak jimat!!!!! Dua tahun sekali boleh ler. Sekarang nie tengah banyak komitmen kewangan. Ni pun teman berjimat. Kalau tak macam macam teman borong.

Pagi tadi lepas bersiap ke pejabatan, teman siap menjahit lagi. Alhamdulillah, usaha beberapa hari ni, langsir rumah teman dah 50% siap. Tahun ni nak buat style English Design. Teman memang suka dengan English Design tapi memandangkan hubby teman tak berapa hendaknya, tak ler teman nunjuk sangat. Kang hubby teman sekat teman lagi susah!!! hehehe..... . balik ni, teman dah plan, teman nak nyudahkan langsir teman tuh! Teman bayak lagi yang nak buat lepas ni. Nak buat sarung kerusi, alas meja, sarung kusyen....huh banyak nie. Ni kalau hubby teman tak support teman ni, alamak tak tercapai impian teman ni.

*********************************************************************************

23.03.2012

Akhirnya, lepas beberapa hari bertungkus lumus....usaha teman berjaya juga. Alhamdulillah, dengan berkat ajaran cikgu-cikgu kat GIAT MARA KUALA KANGSAR beberapa tahun lalu, setakat ni teman tak penah lagi ler tempah langsir kat orang. Orang buat tempahan kat teman ada ler itu pun dua tiga tahun lepas sebab sekarang ni teman sibuk sangat dengan komitmen kerja dan keluarga. Untuk sendiri punya boleh ler.  Tapi teman sebenonye memang suka menjahit ni!. Seronok tengok hasil jahitan kita digunakan, tambah pulak kalo hubby teman puji....suke teman. Baju pulak, dah lama juga teman tak jahit. Teman selesa tempah kat orang jer. Tak der masa. Lagipun manjahit baju ni seni halus, tak macam jahit langsir atau jahitan lain. Jahit baju urusan mesti betul betul tepat....jahit pun kena teliti, baru baju sedap pakei. Kalau tak tak selesa nanti!

Lepas ni... projek teman nak tuko sarong sofa pulak. Ni nak usaha keras ni! Kalo tak ada yang nolong....tumpo teman. Harap-harap hubby teman nolong teman tuk projek kali nie....ok bye...

Sunday, 18 March 2012

PLASTER SILING BARU!!!

Alhamdulillah.....akhirnya siap jugak. Angan-angan aku nak siling baru akhirnya tercapai. Nampa jugak hasil duit bonus tahun ni. Kalau ditunggu-tunggu lagi, tak merasalah aku nak reno rumah.

SILING LAMA
Kos semua sekali RM2000.00. Dengan amaun tu aku dapat :-
1. Plaster ceiling, cornice, cornice corner, Centre Panel
2. Kipas - remote control
3. Downlight 6 biji - remote control
4. Lampu 
5. Plaster Ceiling untuk bilik air + downlight
6. Wiring
7. Cat












Proses membuat siling rumah ni telah menyebabkan dinding rumah kotor, so kenalah cat baru....Seronok pulak tengok, macam duduk rumah baru pulak. Akhirnya, selepas siap menghias rumah...beginilah hasilnya....selesalah sikit berbanding sebelum ni...!

  Ruang santai santai untuk tonton tv....boleh jugak anak-anak main.


Ringkas tapi selesa....

Tuesday, 27 December 2011

Caruman KWSP naik 1%. Berita baik untuk semua pekerja!


Caruman KWSP naik satu peratus
Oleh S Anand Kumar dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my
2011/12/28

Kenaikan bahagian majikan bagi pekerja bergaji kurang RM5,000 sebulan

KUALA LUMPUR: Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan bagi pekerja bergaji kurang daripada RM5,000 sebulan dinaikkan daripada 12 kepada 13 peratus berkuat kuasa gaji Januari 2012.
Kenaikan satu peratus itu akan memberi manfaat kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, dengan 92 peratus atau kira-kira 4.9 juta pekerja adalah ahli aktif KWSP, bagaimanapun caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.
Selain itu, pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 juga akan menikmati manfaat apabila majikan diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa enam peratus, manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus.




Oktober lalu, ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, bagi meningkatkan simpanan hari tua, kerajaan mencadangkan supaya caruman majikan dinaikkan dari-pada 12 kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kini pesara menghadapi kekurangan simpanan untuk menampung kos saraan hidup selepas bersara, malah kajian menunjukkan hampir 70 peratus pesara menghabiskan kesemua simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas bersara.

Sementara itu, Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata KWSP menghargai tindakan segera kerajaan dalam menangani masalah itu kerana tambahan satu peratus caruman berserta dengan dividen tahunan akan meningkatkan simpanan persaraan rakyat Malaysia.