Thursday, 26 July 2012
Hasil Nikon D3200
My first practice.....semua gambar ni diambil kat rumah atuk...banyak jugak pokak yang atuk tanam!!!
KERJA BARU DAN HARAPAN
12 Julai 2012.....
Assalamualaikum.....lama dah tak menulis. Banyak sangat perkara yang perlu diselesaikan sampaikan tak sempat tuk benda remeh remeh ni. Namun berita yang aku baru terima semalam benar-benar memberikan semangat baru dalam hidup aku.
11 Julai 2012, jam 1.30 tengahari, aku dapat panggilan telefon. Job interview yang aku hadiri Sabtu lepas telah berjaya. Aku diterima untuk bekerja di syarikat baru. Alhamdulillah, setelah lebih empat tahun menimba pengalaman kat syarikat perundingan, kerjaya aku meningkat lagi ke syarikat yang lebih besar lagi. Gaji....tak banyak berubah, boleh kata lebih kurang la. Aku pun tak nak demand sangat sebab niat aku cuma nak tingkatkan kerjaya aku, paling penting kat organisasi yang lebih besar serta buat akaun....! Tak larat dah nak buat akaun dan admin sekali. Campur pulak dengan projek dan operasi harian syarikat! Betul betul mencabar!
CABARAN......!!!
Memang aku sukakan cabaran. Cabaran buat kita rasa bersemangat nak kerja. Tapi cabaran yang betul k. Dulu masa aku kerja kilang, 12 jam sehari, 4 hari seminggu. Aku cabar diri aku yang aku boleh buat kerja berat. Alhamdulillah.....boleh rupanya. Bila aku kerja kat company construction dulu, kerja aku key-in data jer, benda-benda admin....tak boleh sentuh, marah betul officer aku kalau brg admin masuk bilik akaun. Masa tu, aku boleh tunjukkan kebolehan serta kemahiran aku dalam bidang yang aku minat nie. Pengetahuan lebih luas dan kemahiran bertambah. Dengan pengalaman tu juga memberikan aku keyakinan untuk mencuba untuk mendapatkan pengalaman dalam pentadbiran syarikat.
TERIMA
KASIH.......!!!!
Terima kasih bebanyak kat bos aku En. Halim dan Pn Ezzaty. Banyak betul pengalaman serta pengajaran yang aku dapat kat sini. Yang senang, yang susah, suka dan duka. Terima kasih sebab percaya kat aku sampai aku berada kat peringkat ni. Tak la tinggi mana pun, tapi aku bersyukur atas setiap anugerahNya.
Yang pasti, berada di sini memberikan aku kesedaran akan nilai nilai kemanusiaan yang kadangkala kita tak sangka akan kewujudannya.
Mungkin esok atau lusa aku letak surat resign. Aku harap En Halim boleh terima dengan hati yang terbuka. Setiap orang inginkan peningkatan dalam hidup, macam tu juga aku. Dan aku harap, tempat baru nanti akan memberikan pengalaman berharga untuk aku untuk membina kerjaya serta menyumbang ilmu dan pengetahuan dalam memajukan lagi perniagaan mereka.

Thursday, 19 July 2012
NIKON D3200
Haii....baru
jer dapat kamera baru. Kemera lama dah buat hal, kejap ok kejap ko. Kemera lama
tu compact punya. Ni first time aku dapat kamera dslr ni, so kenalah buat
rujukan skit supaya tahu nak gunakan. Lagipun rugi, beli kamera mahal-mahal
tapi tahu gunakan secara asas jer. Bila aku tengok gambar dari kamera
kengkawan, terasa macam nak jugak. Sebab dalam hati ni ada juga rasa minat nak
tangkap gambar nih. Daripada bacaan aku kat internet ni, leh lah aku share
serba sikit pasal Nikon D3200 nie....!
Hasil bacaan aku, dapatlah beberapa rujukan ringkas pasal Nikon D3200.
Yang artikel ni aku dapat dari http://noorizamsabran.com. TQ Bro....blog u banyak membantu!

Terbaru, Nikon telah melancarkan 1 lagi model kamera DSLR baru; D3200. Ini bagi menggantikan model sebelum ini; D3100 model kamera DSLR paling asas dan harga berpatutan di dalam kategorinya.
Spesifikasinya agak menarik sekali. Apa yang menarik minat saya adalah pada skrin LCDnya. Kali ini ditambah kepada 921,000 dot sama seperti model D300s, D700, D3s, D4. Pasti lebih baik bagi kita untuk melihat gambar yang telah dirakam.
Image prosessor terbaru daripada Nikon iaitu Nikon EXPEED 3 juga digunakan pada model D3200 ni. Prosessor ini membantu mendapatkan gambar yang jelas, tona yang baik dan pastinya noise yang lebih baik.
Megapixel yang ditawarkan juga lebih tinggi iaitu 24.2 megapixel! Ditambah dengan WU-1a Wi-Fi modul.

*Sumber
gambar dan berita di sini dan
KenRockwell.
Memandangkan
aku tak der pengalaman yang banyak dalam menggunakan kamera DSLR ni, aku pun
tak berapa paham beberapa perkataan yang aku baca. Korang yang dah tahu tu
jangan nak gelak kan aku plak....
DSLR tu
ape ke benda nyer?
Tengah
google google tadi jumpalah maksud DSLR tu.......
DSLR
merupakan singakatan bagi DIGITAL SINGLE LENS REFLEX......sorry tapi apa
maknanya. Tak payah ler tahu apa maknanya yang penting gambar tu lebih baik
dari kamera compact. So atas nasihat kengkawan supaya aku tangkap gambar
sebayak mungkin sebagai latihan, aku berazam minggu nie aku nak tangkap gambar
jer...hehehe.
Wednesday, 11 July 2012
JOM LAYAN KARTUN NIE....
Labels:
accountant cartoon,
Kartun akauntan,
lawak akauntan
Thursday, 26 April 2012
CORETANKU - BILA HUBUNGAN ITU DIKHIANATI.......
Alhamdulillah....akhirnya bebanan yang aku tanggung beberapa minggu ini hilang jua...walaupun masih ada bekasnya namun kejadian beberapa hari lalu memberikan sedikit ruang untuk aku bernafas, fikiran tidak lagi kacau dan jiwa terasa sedikit lega. Sedikit ujian Tuhan namun kadangkala sukar jua untuk aku atasinya.
Kadangkala, ada yang memandang remeh hubungan sesama rakan sekerja. Ada yang mengganggap hubungan itu tidak sepenting hubungan sesama ahli keluarga tapi silap.....daripada 24jam yang kita ada, lebih 8 jam kita habiskan dengan rakan sekerja! 4-5 jam sehari kita habiskan untuk persiapan ketempat kerja, dan perjalanan pergi balik. Pulang ke rumah pula sibuk dengan tanggungjawab sebagai ibubapa serta suami/isteri, ada pula yang kena mengambil berat tentang ahli keluarga lain. Ada juga dikalangan kita yang mempunyai kerja part time sesudah habis waktu pejabat, jadi berapa lamakah masa yang kita ada sebenarnya untuk diluangkan bersama pasangan dan anak-anak. Ada yang terpaksa bekerja lebih masa untuk atas tuntutan kerja sehinggakan pasangan kecewa dan merungut!!
JANGAN MEMANDANG REMEH HUBUNGAN SESAMA RAKAN SEKERJA!! ITU NASIHAT SAYA. Hidup ini singkat sahaja namun kebanyakan daripada kita menghabiskan masa lebih banyak bersama rakan sekerja. Bagaimana nak hidup kalau saban hari terpaksa mengadap rakan sekerja yang suka marah-marah, suka mengarah-arah. Tindakan manusia kita tidak dapat duga. Ada yang lebih suka berterus terang, samada secara lembut atau secara kasar....tapi bagaimana pula jika ada yang sanggup menggunakan ilmu hitam untuk membalas kembali!! Ramai yang tidak terfikirkan hal ini. Tapi ingat, perkara ini sering terjadi dalam masyarakat kita!!! Alhamdulillah, bersyukurlah jika rakan sekerja kita berterus terang, ambil yang positif, syukur kerana ada yang sanggup menegur agar dapat kita perbaiki kelemahan diri. Jangan buat bodoh sombong, cuba menafikan keburukan/kelemahan walaupun satu office sudah menegur.
Bila kita cuba mengelak, menafikan keburukan/kelemahan diri, yang orang yang berada dibelakang kita sepatutnya memberikan sokongan agar kita berubah, bukannya menyokong untuk menyalahkan orang lain.Ingatlah, kawan yang baik adalah mereka yang sentiasa menegur semasa kita membuat kesilapan dan menyokong ketika kita dalam kesenangan!!! Insyaallah
Monday, 9 April 2012
Keputusan Penuh ABPBH 2011- Senarai Lengkap Pemenang
Senarai penuh keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011
Bintang Paling Popular 2011
Aaron Aziz (as expected!)
Penyanyi Lelaki Popular
Hafiz
Hafiz
Penyanyi Wanita Popular
Yuna (jangan tarik balik anugerah ni nanti ye, hehe opsss)
Artis Baru Lelaki Popular
Johan As’ari (memang dijangkakan)
Artis Baru Wanita Popular
Tasha Shilla (ini mengejutkan sebenarnya)
Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz (menggamatkan suasana!)
Pelakon Filem Wanita Popular
Maya Karin
Pelakon TV Lelaki Popular
Fizz Fairuz (ramai yang hairan, kenapa bukan Aaron Aziz?, menangis Fizz atas pentas, hehe)
Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha
Artis Komedi Lelaki Popular
Johan Raja Lawak (memang layak walaupun ramai yang ramal Zizan)
Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias (tahniah kak Didie!)
Pengacara TV Lelaki Popular
Zizan Raja Lawak (agak dramatik apabila Aznil Hj Nawawi tiba tiba ambil trofi di pentas dan menyerahkannya kepada Zizan)
Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail (as always)
Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana
Artis Duo/Berkumpulan Popular
3 Suara (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor) (tahniah, memang dijangka)
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Sheila Majid (Tahniah Datuk!)
Thursday, 5 April 2012
SETTING BLOG HEADER
Assalamualaikum.....
Baru-baru ni, saya telah mempelajari sesuatu tentang blog. Sebenarnya memang dah lama saya mencari topik ni, tapi baru jer terasa nak cari. Akhirnya jumpa juga.
BAGAIMANA NAK SETKAN TAJUK BLOG BERADA DI TENGAH-TENGAH PAGE....
macam blog saya ni.......
CARANYA MUDAH SAHAJA....
Langkah 1: Log in blog anda, kemudian download gambar header anda.
Langkah 2 : Pergi ke Template Designer > Advanced > Add CSS (see below), tan masukkan kod ini:
.header-outer {
margin-left:90px;
}
Langkah 3: Sekarang apa yang perlu anda lakukan adalah melaraskan nilai "90" nilai, bergantung kepada berapa besar header anda, dan bagaimana luas blog anda, jadi hanya bermain dengan nombor sehingga ia kelihatan betul di tengah.
SELAMAT MENCUBA.....

Subscribe to:
Posts (Atom)