Tuesday 26 April 2011

Letih...

Aku baru jer sampai rumah. Hujan lebat giler skang ni. Dah 6.20 petang. Rupanya laju jugak aku bawa kereta. Sekarang aku balik dari office memang sharp on time, 5.30 dah punch card keluar. Bukannya tak banyak kerja, tapi sampai bila nak diikutkan kerja yang bayak tu. Keutamaan aku sekarang pada keluarga, itu azam aku sejak awal tahun lalu, nak majukan diri serta kelurga, serta nak uruskan keluarga dengan lebih baik.
Hari ni aku ngan hubby cadang nak kuar pergi jalan-jalan, maybe nak pegi Jusco Bukit Indah kut. Kesian dia....semalam ajak aku pegi rumah atuk dia, tapi disebabkan aku penat sangat, tak jadi pegi. Merajuk hubby aku. Kepenatan dua hari lalu tak habis lagi! Dua hari lepas kami pegi memancing kat laut, kat kelong berhampiran dengan jeti Tanjung Kupang, Pendas. Aku kira kaki-kaki pancing area sini biasa kut dengan tempat nie. Kami pegi hari Sabtu, memancing sepanjang malam kat kelong. pukul 11.30 pagi Ahad baru naik bot tuk balik jeti. Malangnya sepanjang malam tu tak ada ikan. Dalam pukul 9.30 pagi, baru arus air cantik sikit, adalah ikan. So untuk aktiviti memancing kali nie kitorang dapat bawak balik ikan dalam 25 ekor je, cukup lah untuk seminggu makan. Aku kat kelong tu lagi dah siang ikan-ikan tu, senang balik nanti, tak payah nak sibuk-sibuk ngan ikan.
Balik jer rumah, kitorang bersihkan diri dan hubby aku terus zzzZZZZ. Aku pulak surf internet sampai petang. Lewat petang mak mertua aku call, tanya bila kitorang nak amik anak-anak. Kesian ank-anak aku, kena tinggal 2 hari.
Aku sebenarnya bukan biasa sangat berjauhan dengan bebudak dua orang nie, tapi baru nak cuba-cuba. Manalah tahu kalau satu hari nanti aku kena outstation ker, ada urgent matters nak kena tinggalkan bebudak tu, tak ler susah sangat! Tapi nampaknya, anak-anak aku suka tinggal dengan mak mertua aku tu....mana taknya, pagi-pagi breakfast kat Mc D, esok pulak kat Lavender......ish-ish-ish..., kitorang tak mampu!!!!
Alamak...dah 6.40, Zulaikha tah amik lagi dari Nurseri....Yusof, malam tadi mak ambil......tak per ahhhh....nanti malam aku ngan hubby pegi amik. Lagipun Tmn U ngan Tun Aminah tu bukan jauh sangat, nak pegi Jusco Bukit Indah pun lalu sana juga! Key chow dulu!!!

No comments:

Post a Comment