Wednesday, 27 April 2011

Selamat Hari Ibu

"At 3 years ''mummy I love you''. At 10 years ''mum whatever''. At 16 years ''my mum is so annoying''. At 18 years ''I'm leaving this house''. At 25 years mum you were right''. At 30 years '' wanna go to mums house''. At 50 years '' don't wanna lose my ...mum''. At 70 years i would give up everything to have my mum here with me''. You only have one mum. Post this on your wall if u appreciate and love your mum ♥"


- Madah di atas aku dapat dari fb, baru jap tadi baca. Tetiba teringat pulak mak aku kat kampung. Petang tadi ada call dia, sememangnya rutin aku cam tu. Jarak antara Johor dan Perak tidak menjauhkan kami! Aku memang kerap call mak, mak cakap lah...mungkin jugak sebab aku yang selalu tak balik. Setahun sekali jer...tu pun hari raya. Mula-mula kahwin dulu, aku ikutkan husband aku jer, tiap kali raya kat umah mak dia. But recently aku dah pandai skit, masih lagi raya kat umah mak mertua aku but raya kedua petangor pagi raya ketiga kitorang dah balik Perak. Tak kisahlah kalau adik beradik aku yang lain dah balik rumah masing-masing, yang penting aku dapat jumpa mak abah aku. rinduuuuu. 
- Seingat aku dulu, mak ngan abah berusaha keras untuk menyekolahkan kami adik berdik. Masa aku ngan akak sulung masuk tahun satu kat u, adik pompuan aku pulak dapat matrikulasi kat kolej mara. Abah aku diam jer....aku tahu dia susah hati. Mungkin sebab tak tahu mana nak korak duit, suatu hari abah aku cakap kat kitorang yang dia tak der duit nak tanggung belanja pendaftaran kami. Tapi entah dari mana kami bertiga dapat kekuatan, mungkin doa mak abah kami kuat, alhamdulillah ada pihak yang menolong.
-Masa aku balik cuti semester, aku memang balik kampung. Aku tengok mak ngan abah makan nasi lauk kicap jer....sedang kawan-kawan aku ada yang berpoya-poya dengan duit ptptn diorang, sedihnya aku!!!. tak pikir ker diorang betapa susahnya nak dapatkan duit! Pas tu bila abis belajar, cari banyak alasan tuk telak bayar pinjaman.....sorilah kalau ada yang terasa! Aku ada jugak yang tak agree dengan caj ptptn tu but bab hutang tu sendiri mau ingatlah.
- Mak aku sejak aku kecil lagi dah susah payah memasak, menjahit untuk besarkan kami. Kami adik beradik tolong mak ngan abah berniaga kat kilang tempat abah kerja. Adalah dalam 3 tahun, sejak aku darjah 4 sampai aku darjah 6. Namun itu tidak membataskan kami untuk menikmati kehidupan kanak-kanak kami. Dengan kepayahan dan kesibukan itu, kami tidak mengabaikan pelajaran.
- Mak aku masih macam dulu, masih berniaga. Darah usahawan pada dirinya tak pernah pudar malah semakin menebal. Menurut mak, atuk aku dulu pun berniaga juga, begitu juga dengan abah aku, ayahnya dulu buka kedai runcit. Mungkin disebabkan latar belakang mak abah aku jugak, kitorang dapat la sikit genetik pandai matematik. Masa check buku matematik aku zaman-zaman sekolah dulu, abah aku pelik bila tengok tugasan aljebra kat buku aku. Dia tanya....boleh ker a+b+c, aku kata boleh bah....ada jawapan, pas tu abah aku simpan balik buku tu. Abah aku belajar sampai darjah enam aja dan mak aku sampai darjah empat katanya!
- Buat mak, aku nak ucapkan Selamat hari Ibu, Sayang Mak.... khas buat mak aku...


SITI SALBIAH BT. AMIR

PADANG RENGAS, PERAK





SELAMAT HARI IBU

LOVE YOU FOREVER

No comments:

Post a Comment

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.