Sunday, 5 August 2012

Countdown - 14 : Persiapan Raya

Hari Sabtu ke dua dah ni, maknanya dah dua minggu kita puasa. Aku sebenarnya panik jugak, hari berlalu laju sangat rasanya. Ni baju raya anak anak tak settle lagi, dah beberapa kali aku ajak hubby pergi beli baju tapi tak der kesempatan. Nampaknya weekday minggu depanla aku kena settlekan semuanya.

Bak kata kawan aku, apa sangatlah aku nak kejar, raya pertama kat rumah atuk, pas tu raya kedua pagi-pagi nak cabut balik kampung kat Perak. Satu minggu kat kampung baru balik JB. Emmm....pas tu sibuk naik kerja. Tapi beb kalau raya tak der baju raya baru, langsir baru, kuih raya....cam tak raya plak. Ni hubby dah bising, beg dah rosak lah, kasut dah terkopaklah....wah....banyak tu nak kena ganti!!!. Mana nak datang pulusnyerrrrr.

 
Kain semi sutera bandung plain - 
lembut dan sejuk dipakai khas untuk hari raya tahun ni
 
Sepanjang minggu berlalu ni, aku sibuk nak siapkan baju raya anak pompuan aku sorang tu. Alhamdulillah....siap jugak. Bukan sepasang aku buat, tuk anak sedara aku yang tiga orang tu pun aku jahitkan. Dah lama tak dapat menjahit, seronok pulak rasanya. Aku kalau dapat mesin jahit, tak rehat pun tak per. Kalau bukan bulan puasa, kengkadang tu sampai makan pun aku miss!

Tahun ni, tema pakaian kami pink dan hitam. Tuk anak aku, aku sediakan warna pink. Aku, hubby ngan anak aku yang boy tu warna hitam. Mesti nampak menyerlah sikit girl tu!!!. Aku pun dah janji nak buatkan tudung untuk dia. Nanti aku cadang nak pergi kamdar, nak beli kain net yang ada bunga rose tu, nak jahit kat keliling tudung dia....eee happy plak aku!

 Untuk anak sedara aku yang kecil tu, baby....aku buatkan baju kurung kedah butterfly. Korang penah tengok ker baju kurung butterfly? Sure tak pena, sebab aku yang design. Hehe... bak kata Irma...penangan drama Dejavu di Kinabalu. Hope dia suka!


Cuba tengok kat lengan tu....ada macam butterly tak! Moga moga muat....petang ni balik keje nanti aku nak try kat dia. Mesti Cunn!!

Ada beberapa pasang lagi baju tuk girl aku tu yang nak aku siapkan. Aku harap sempatlah. Masa ni lah rasa amat bersyukur sebab semua peralatan jahitan lengkap, termasuk mesin jahit ngan mesin jahit tepi. Ada jugak yang mintak aku jahit baju raya, tapi minta maaflah...baju raya aku pun aku tempah kat orang lain. Memang aku suka menjahit, tapi disebabkan komitmen kerja, menjahit tu tuk suka suka jer. Cuma aku harap, one day aku akan punya lebih kelapangan untuk minat aku ni!

No comments:

Post a Comment

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.