Monday, 1 April 2013

Rancangan percutian ke Padang-Bukittinggi, Indonesia



Assalamualaikum….
Ahhhh…..lamanya tak menulis. Memang rindu sebenarnya kat blog ni, namun kesibukan rutin harian memang tak membenarkan hajat aku nak menaip. Bangun awal pagi, pastu pergi kerja. Rutin memang dah berubah sejak beberapa bulan ni (sejak bertukar tempat kerja). Keluar pejabat lewat petang, terpaksa pulak melalui kesesakan jalan raya, sungguh memenatkan. Rehat sekejap, lepas tu sambung pulak dengan kerja parttime. Parttime – surirumah…..hehehe. Terkorban jua masa rehat aku. 




Dalam kesibukan, sempat juga aku buat persiapan untuk percutian yang telah dirangka beberapa bulan yang lalu. Kat sini aku senaraikan beberapa perkara penting yang perlu disemak sebelum bercuti ke luar negara.
PERSIAPAN UNTUK PERCUTIAN

1) PASSPORT
First, passport dah nak tamat tempoh. Kenalah buat baru. Nasib baik sekarang boleh buat online. Memang senang giler. Tak sampai lima minit dah siap.Ni pautan bagi sesiapa yang nak renew passport. Make sure dah ambil gambar terkini ok...dan jangan ambil gambar instant...ala yang 30 minit tu!!!
http://www.imi.gov.my/index.php/ms/

Lepas tu boleh ikut semua arahan yang diberikan. Memang senang....!




Tiket kapal terbang.... dah berbulan bulan lalu aku beli. Masa promotion air ais. Bayangkan, empat orang pergi balik KL-Padang cuma RM400 lebih jer. Average RM 50 sorang . Murah kan!!!!.  Selebihnya, perbelanjaan untuk penginapan, perjalanan dan duit makan. Daripada rakan-rakan blog, aku dapatkan nombor telefon Pak Kamal, tourist guide kat sana. Sewa van (10 penumpang), dia minta IDR600,000 sehari dan untuk penghantaran ke airport pada hari terakhir nanti, IDR400,000. So, jumlah perbelanjaan untuk perjalanan IDR2,200,000.00. Sewa hotel pulak semalam IDR325,000.00. Kami ambil 4 bilik, selama tiga malam, so jumlah perbelanjaan penginapan IDR3,900,000.00. Untuk perbelanjaan makan, kami tanggung sendiri kat sana nanti.

Beberapa maklumat penting juga aku kumpul agar percutian nanti akan lebih berbaloi. Selain membaca entry rakan rakan blogger, aku juga merujuk kepada beberapa laman web sebagai rujukan. Paling penting, pastikan bawa jadual tukaran wang asing. Senang nak rujuk bila buat pembelian disana.






Sunday, 13 January 2013

Doaku Untukmu Sayang

Sukanya dengar lagu nie....sesuai sangat untuk anak-anak tersayang.....




Wali Band
Doaku Untukmu Sayang


Kau mau aku apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang

Reff :
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
Disetiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Back to Reff

(Tuhan tolong aku, juga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)

Tuesday, 7 August 2012

Countdown - 10 : Cara Letak Background Pada Entry



Nota ini diambil dari blog http://tutorialuntukblog.blogspot.com/, 
link berikut
  
Background sesebuah post biasanya akan mengikut default yang telah ditetapkan dalam 
setting blogger. Tetapi ada satu trick yang boleh digunakan untuk menjadikan background 
yang berbeza untuk entri yang dikehendaki sahaja.
  Contohnya entri ini yang menggunakan background warna warni, tidak seperti entri lain yang 
berlatar belakangkan warna putih sahaja.

Tutorial untuk membuat background untuk post adalah begitu senang.
Apa yang bagusnya adalah, anda boleh pilih gambar apa sahaja yang anda mahu untuk 
background, dan anda boleh pilih untuk hendak letakkan dalam post yang mana satu untuk 
blog anda. Apabila anda login pada blog anda, letakkan kod ini dalam new post anda. 
(pastikan semasa kod ini di paste, new post anda dalam keadaan 'edit html' bukan 'compose'- 
ini untuk mengelakkan code warna dicopy sekali.:)

<div style="background:url(Link gambar disini) no-repeat;">
Taip segala entri untuk blog anda disini.
</div>

Letakkan link gambar pada tulisanbiru (kalau anda upload dalam blog kemudian copy url 
gambar lagi bagus.:) jika anda menggunakan gambar bersaiz kecil, sila buang no-repeat.

Taip apa sahaja entri anda seperti biasa dalam kawasan merah. Atau kalau hendak 
lebih mudah, buat apa sahaja entri, tetapi ending mesti ada </div>

Itu sahaja - Apabila anda post anda akan lihat kesannya.
p/s: -pastikan anda pilih backgdround yang bersesuainya agar pengunjung blog anda tidak 
                pening membaca.
Taip segala entri untuk blog anda disini.

Monday, 6 August 2012

Countdown - 12 : IFTAR 2012 di Pulai Springs Resort Pulai


 
 


Petang 06.08.2012, tahun ni sekali lagi syarikat menganjurkan majlis berbuka puasa di tempat yang sama. Mungkin disebabkan kemudahan yang selesa serta lokasinya yang stategik maka tahun ini sekali lagi majlis berbuka puasa diadakan di Pulai Springs Resort & Hotel, Pulai. Terletak lebih kurang 2 kilometer dari UTM Skudai, Pulai Springs Resort boleh disyorkan untuk dikunjungi.

Makanan yang dihilangkan ada pelbagai jenis. Lihatlah....makanan makanan yang kami ambil untuk berbuka.

 

 

 

Bahagian ruang makan tidak tertumpu kepada satu tempat sahaja. Tampak begitu unik kerana susunan meja makan pada sudut sudut menarik dalam ruangan tersebut. Ada yang makan di dalam, ada juga di bahagian luar. Sangat leisure.

Ruang makan bahagian dalam

Ruang makan bahagian dalam
 
Meja di segenap sudut dewan makan.

Ruang makan bahagian luar
 

Santai santai sambil menghirup udara segar



Gambar kenang kenangan IFTAR 2012




Countdown - 13 : Resipi Laksa Mamazulaikha

IFTAR 04.08.2012

Sabtu lepas aku buat laksa untuk berbuka puasa. Pagi pagi lagi my hubby pergi pasar untuk beli bahan bahan yang diperlukan. Memang sedap!!! Tq kat mak aku sebab bagi resipi yang sedap nie....

Resipi Laksa Mamazulaikha:
 
Bahan untuk Kuah Laksa
Ikan Selayang 1 kil0
Belacan (Sebesar kiub pati)
Lada kering 15 tangkai
Sardin 1 tin kecil
Bawang Besar
Asam keping
Daun kesom,
bunga kantan
Garam


Bahan-bahan untuk penyediaan laksa
Laksa – rendam 2 minit dalam air panas
Timun – potong kecil kecil
Bawang besar – dihiris halus
Cili merah – dihiris
Daun kesom – dihiris halus
Bunga kantan – potong kecil kecil
Daun salad – potong kecil
Limau kasturi




Cara–Cara Penyediaan Kuah Laksa
Langkah 1
1) Rebus Ikan sehingga masak. Masukkan 4 keping asam keping. (Sebelum direbus, pastikan ikan telah direndam dengan air limau bagi menghilangkan hanyir). Apabila masak, ambil isi ikan dan kisarkan hingga halus menggunakan air rebusan ikan tersebut.
2) Gunting lada kering kecil kecil dan rendam dalam air panas agar ia lembut dan bijinya keluar. Basuh dan buang bijinya. Kemudian kisar sehingga halus
3) Kupas 4 ulas bawang merah dan kisar.
4) Kisar Belacan, boleh dikisar bersama sama dengan ikan
5) Kisar ikan sardin (termasuk sosnya sekali)

Langkah 2
Masukkan ikan, belacan, ikan sardin, bawang besar, dua keeping asam keping dan cili kering ke dalam periuk dan hidupkan api.
Belah 2 bunga kantan dan masukkan bersama sama daun kesom ke dalam periuk
Biar hingga mendidih
Masukkan garam secukup rasa


 Penerangan
Laksa – saya gunakan laksa yang telah siap direbus, lebih mudah. Sedikit berminyak, oleh itu perlu dibasuh dahulu.
Ulam – Boleh gantikan salad dengan daun lain misalnya daub selom. Daun kesom dan bunga kantan yang dipotong halus akan menaikkan lagi aroma laksa.
Ikan sardine – saya gunakan ikan sardine tin agar rasa ikan lebih pekat dan sedap.