Friday 29 April 2011

Jom Cuti Cuti

-Esok 30 April, dah suku tahun 2011 berlalu. Tak sangka cepat benar masa berlalu. Beberapa hari ni, officemate aku sibuk survey tempat untuk bercuti bulan Jun ni untuk kami semua. Aku tengah banyak kerja sekarang ni, nak settlekan akaun untuk audit, so aku malas nak campur cuma sesekali aku bagi pandangan.
- Mulanya, aku nak jer ajak diorang pegi satu resort kat Sedili, tempat aku ngan family bercuti last year, tapi bila pikir balik, lebih baik pergi tempat lain, rasa angin lain pulak.
- Tanjung Sutera Resort, Sedili....aku memang recommend tempat ni bagi mereka yang inginkan kedamaian semulajadi, orang yang suka memancing dan mereka yang releks-releks. Tempat tu ada tiga kolam memancing yang terletak berhampiran dengan resort. Dalam sejam, aku ngan husband aku boleh dapat dalam 20 ekor ikan, so pada yang plan nak barbeque ikan bakar, leh makan ikan pancing sendiri.
- Waktu petang kami habiskan dengan aktiviti berenang di kolam mandi. Aku beberapa kali lemas disebabkan kaki aku krem. Nasib baik la ada ahli keluarga disekeliling! Anak-anak aku pun turut serta jugak....Seronoknyer diorang berdua sampai tak ingat dunia.
- Aktiviti yang paling tidak dapat dilupakan, berbeque! Berbeque tu perkara biasa jer, tapi tempat berbeku tu terletak mengadap pantai. Anginnya sangatlah sejuk dan nyaman. Memang kena pakai baju tebal, boleh kena demam selsema kalau dibiarkan. Anak-anak, aku lilitkan tengkuk diorang dengan kain tuala, kesian diorang kesejukan!
- Pagi keesokannya, aku ngan husband memancing kat kolam berhampiran manakala ahli keluarga yang lain jalan-jalan kat sekitar resort. Persekitaran resort juga menarik untuk dilalui.
- Bagi yang bercadang nak jalan-jalan kat sana, kat bawahni gambar-gambar kami semasa bercuti di sana.

My aunty and my son : Main air tepi pantai
Actually, resort tempat menginap tu jauh sikit dari pantai, ni gambar masa kitorang singgah sekejap kat pantai berhampiran, sebelum check-in kat resort, jaraknya dalam 10 minit perjalanan ke resort.

Berkelah tepi pantai....


No comments:

Post a Comment