Thursday, 28 April 2011

Projek Yang Tergendala

Balik dari kerja petang tadi, tetiba aku terpandang kain yang aku beli masa bercuti kat bandung beberapa bulan lepas. Sempat aku belek-belek kain tu pagi tadi. Sebenarnya dah beberapa minggu aku cadang nak gunting kain tu tuk dijadikan baju kurung tuk raya nanti tapi disebabkan banyak sangat perkara yang perlu dibereskan, maka hujung minggu aku tidak juga dapat kupenuhkan dengan azam aku tu.Namun setelah melihat balik kain yang aku beli tu, terasa nak sudahkan juga.
Aku start menjahit baju kurung masa aku tingkatan satu. Masa tu aku ikut jer ukuran baju kurung aku. Aku selalu tengok bak aku menggunting dan menjahit baju kurung so dari situ dapat keyakinan serta minat untuk menjahit. Terima kasih kat mak.
Beberapa bulan lepas berhenti kerja dari KL, aku tak dapat kerja, kebetulan pulak ada Giat Mara yang baru jer nak tawarkan kursus menjahit, so aku try apply la...mana tahu dapat plak. 6 bulan aku kat sana menimba ilmu jahitan. Aku nak ucapkan terima kasih kat Cikgu Subian, Cikgu Norsiah dan En, Firdaus, manager kat sana.

No comments:

Post a Comment

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.