Monday, 15 April 2013

Dah buat e-filing?

Assalamualaikum,
Hai kawan kawan, korang dah hantar borang tax ke belum. Hehe, I pun belum lagi. Tengah kumpul dokumen untuk buat kiraan. Last year lhdn minta i hantar actual documen tuk tax 2010 kat branch jb. Mungkin sebab i claim interest beli rumah. Pas tu i dpt reply minta buat bayaran sebab claim belian komputer tahun 2009. Baru i ingat, laptop tu i lupa nak claim tahun 2009, that y i claim tahun 2010. However, i bayar juga dua ratus lepas. Pas tu apa lagi, i adjust kiraan thn 2009, claim balik laptop. Suppose i dpt refund, tp tak sempat lagi nak check, dah dpt ke belum.
Last week, i dpt lg surat dari lhdn, minta actual copy tuk tahun 2011 pulak. Sebab i claim overpaid kut. Tak sempat lagi nak tengok. Rasanya tak ada apa apa isu.
So, buat kengkawan smua, jgn lupa hantar efiling k. Kena penalti plak nanti. Kalau dpt letter dr lhdn, jgn takut, tak de apa- its normal. Jgn lupa simpan dokumen asal. Kalau ada apa apa soalan pasal tax atau account leh ty saya. InsyaAllah, sy jwp apa yg boleh.

Friday, 5 April 2013

How I Start My Business

3 April 2013
Assalamualaikum....
Ini merupakan catatan pertama aku untuk rancangan perniagaan aku untuk membuka kedai jahit. Setelah hampir 4 tahun terkandas atas beberapa sebab... Aku meyakinkan diri untuk menyambung kembali hajat yang tidak kesampaian itu.
Dua minggu lepas aku mula mengiklankan di internet, mencari rakan kongsi bekerja sepenuh masa sebagai tukang jahit. Walaupun aku jua mahir dalam jahitan, namun aku lebih cenderung dengan kerja kerja pengurusan. Rancangan perniagaan telah lama aku siapkan...yang penting kini mendapatkan pekerja, kedai dan sedikit kos menjalankan perniagaan. Rakan kongsi merangkap tukang jahit sepenuh masa dah ada.... Hari Ahad lepas aku dah survey kedai...tinggal nak booking sahaja... pelan operasi juga telah aku rangka kini tinggal modal sahaja yang tinggal. Dengan kesudukan kewangan dan komitmen aku yang besar... memang sukar untuk aku membuat pinjaman...jadi ada beberapa alternatif untuk aku mendapatkan sumber modal. Sewa sebanyak RM1000 sebulan bagi aku ok jer... Tapi untuk permulaan rasanya ok jugak kalau aku sewakan separuh.  Berdasarkan budgat aku... dengan tempahan sebanyak 5 pasang sehari... Kami akan dapat menampung kos overhead. Tetapi kami juga mesti ada sokongan jika berlaku apa apa kemungkinan.

Check your bill !!!



Alhamdulillah.... Finally i got refund. Hai kengkawan smua... Ni i sendiri punya experience yer....Oppsss... Belum citer lagi...ok. ..ni kisahnya
Kisah 1 : beberapa tahun sudah...my ex bos asyik membebel jer kat aku pasal ubil  tmnet yang dia bayar tiap tiap bulan. Katanya line ni dia dah potong...so dia minta aku follow upkan lah.... . Bila aku call TM, diorang kata ada tiga line lagi kat akaun xbos aku tu... Pasbtu aku minta bos aku tutup lah line yg ada tu. Terkejutnya aku bila minta detail rupanya dua line under my xbos account belong to other person which adress dia kat Kedah. Punyalah jauh....kitorang kat jb...line tu pulak kat kedah. Bila xbos aku nak tutup line tu tak boleh pulak sebab org TM tu kata line tu bukan under my xbos punya nama. So apa hal pulak ni en TM. Kalau dah tahu bukan nama my xbos... Kenapa u charge kat account dia....nak buat cam ner nie....boleh pulak dia suruh org yg berkenaan tu yg tutup. Mana nak cari...bukannya kitorang kenal org kedah tu. Lepas semua usaha aku tak berjaya.... Aku ajukan pertanyaan kat SKMM. Semua document yg berkenaan aku scan dan email sekali. 



Akhirnya....kurang sebulan...TM call aku ckp amaun tertunggak dan tuntutan diorang dah settle. Maknanya tak payah bayar..tapi claim overpaid aku diorang tak pulang balik....disebabkan itu account personal boss aku...aku ok jer...janji diorang tak kejar xbos aku lagi.  Thanks kat skmm sebab tu kali kedua diorang tolong aku. So pada kengkawan yang ada masalah pasal hal hal komunikasi...aku sarankan minta tolong skmm..makesure bg semua doc dengan lengkap...mesti cepat settle punya...

Kisah 2 : dah dua kali jadi kat aku. Ni pasal bil maxis.... Maaf yer maxis...i bukan nak complain u olllss sebab i memang puas hati dengan service maxis. Beberapa tahun lepas jugak aku tengok bill aku ada charge yg meragukan untuk service ntah apa apa dr nombor xxxxx ni...nasih baik kat bil tu ada no phone company ni. Aku just tanya macammana aku acccept korang punya service...dia kata aku touch pas tu kira terima.... Amboi...senangnya.... Dia ingat screen telefon berar gedabak ker.... Ko yg masuk kat phonr aku pas tu ko kata aku touch...memang lah aku nak touch..sebab ni phone aku..yang ko tu sesuka hati nak masuk line aku pasal. Satu lagi...bebaru ni aku dpt sms...cam ni lebih kurang dlm bahasa melayu.... "Anda telah menerima service bla bla bla.., jika anda tidak mahu menerima sevice sila tekan CANCEL dan send ke nombor XXX". Aku bo layan jer. Hello.... Ini phone aku yer...jgn suka suka suruh aku pulak yang buat keje tuk korang. The next month, aku tengok dalam bil aku dah kena charge! Apa lagi, sekali lagi aku call Maxis. Thank Maxis...finally aku dapat refund. Tapi Maxis pun kata diorang tak boleh buat apa pada mulanya, so aku minta nombor phone service provider tu dan call sendiri. Cakap baik-baik jer... Tak sampai seminggu, aku tengok bil aku dah ada bayaran.
Kesimpulannya.... kepada kengkawan kat sana, selalulah korang simpan bil ker, invoice ker, resit ker... whatever transaction document untuk semakan masa akan datang k. Kalau kita ada semua tu, senang nanti kalau ada apa apa masalah, yang yang paling penting, make sure korang check korang punya bill.....heheheh!!!
Thank...

Monday, 1 April 2013

Rancangan percutian ke Padang-Bukittinggi, Indonesia



Assalamualaikum….
Ahhhh…..lamanya tak menulis. Memang rindu sebenarnya kat blog ni, namun kesibukan rutin harian memang tak membenarkan hajat aku nak menaip. Bangun awal pagi, pastu pergi kerja. Rutin memang dah berubah sejak beberapa bulan ni (sejak bertukar tempat kerja). Keluar pejabat lewat petang, terpaksa pulak melalui kesesakan jalan raya, sungguh memenatkan. Rehat sekejap, lepas tu sambung pulak dengan kerja parttime. Parttime – surirumah…..hehehe. Terkorban jua masa rehat aku. 




Dalam kesibukan, sempat juga aku buat persiapan untuk percutian yang telah dirangka beberapa bulan yang lalu. Kat sini aku senaraikan beberapa perkara penting yang perlu disemak sebelum bercuti ke luar negara.
PERSIAPAN UNTUK PERCUTIAN

1) PASSPORT
First, passport dah nak tamat tempoh. Kenalah buat baru. Nasib baik sekarang boleh buat online. Memang senang giler. Tak sampai lima minit dah siap.Ni pautan bagi sesiapa yang nak renew passport. Make sure dah ambil gambar terkini ok...dan jangan ambil gambar instant...ala yang 30 minit tu!!!
http://www.imi.gov.my/index.php/ms/

Lepas tu boleh ikut semua arahan yang diberikan. Memang senang....!




Tiket kapal terbang.... dah berbulan bulan lalu aku beli. Masa promotion air ais. Bayangkan, empat orang pergi balik KL-Padang cuma RM400 lebih jer. Average RM 50 sorang . Murah kan!!!!.  Selebihnya, perbelanjaan untuk penginapan, perjalanan dan duit makan. Daripada rakan-rakan blog, aku dapatkan nombor telefon Pak Kamal, tourist guide kat sana. Sewa van (10 penumpang), dia minta IDR600,000 sehari dan untuk penghantaran ke airport pada hari terakhir nanti, IDR400,000. So, jumlah perbelanjaan untuk perjalanan IDR2,200,000.00. Sewa hotel pulak semalam IDR325,000.00. Kami ambil 4 bilik, selama tiga malam, so jumlah perbelanjaan penginapan IDR3,900,000.00. Untuk perbelanjaan makan, kami tanggung sendiri kat sana nanti.

Beberapa maklumat penting juga aku kumpul agar percutian nanti akan lebih berbaloi. Selain membaca entry rakan rakan blogger, aku juga merujuk kepada beberapa laman web sebagai rujukan. Paling penting, pastikan bawa jadual tukaran wang asing. Senang nak rujuk bila buat pembelian disana.