Monday, 6 August 2012

Countdown - 12 : IFTAR 2012 di Pulai Springs Resort Pulai


 
 


Petang 06.08.2012, tahun ni sekali lagi syarikat menganjurkan majlis berbuka puasa di tempat yang sama. Mungkin disebabkan kemudahan yang selesa serta lokasinya yang stategik maka tahun ini sekali lagi majlis berbuka puasa diadakan di Pulai Springs Resort & Hotel, Pulai. Terletak lebih kurang 2 kilometer dari UTM Skudai, Pulai Springs Resort boleh disyorkan untuk dikunjungi.

Makanan yang dihilangkan ada pelbagai jenis. Lihatlah....makanan makanan yang kami ambil untuk berbuka.

 

 

 

Bahagian ruang makan tidak tertumpu kepada satu tempat sahaja. Tampak begitu unik kerana susunan meja makan pada sudut sudut menarik dalam ruangan tersebut. Ada yang makan di dalam, ada juga di bahagian luar. Sangat leisure.

Ruang makan bahagian dalam

Ruang makan bahagian dalam
 
Meja di segenap sudut dewan makan.

Ruang makan bahagian luar
 

Santai santai sambil menghirup udara segar



Gambar kenang kenangan IFTAR 2012




Countdown - 13 : Resipi Laksa Mamazulaikha

IFTAR 04.08.2012

Sabtu lepas aku buat laksa untuk berbuka puasa. Pagi pagi lagi my hubby pergi pasar untuk beli bahan bahan yang diperlukan. Memang sedap!!! Tq kat mak aku sebab bagi resipi yang sedap nie....

Resipi Laksa Mamazulaikha:
 
Bahan untuk Kuah Laksa
Ikan Selayang 1 kil0
Belacan (Sebesar kiub pati)
Lada kering 15 tangkai
Sardin 1 tin kecil
Bawang Besar
Asam keping
Daun kesom,
bunga kantan
Garam


Bahan-bahan untuk penyediaan laksa
Laksa – rendam 2 minit dalam air panas
Timun – potong kecil kecil
Bawang besar – dihiris halus
Cili merah – dihiris
Daun kesom – dihiris halus
Bunga kantan – potong kecil kecil
Daun salad – potong kecil
Limau kasturi




Cara–Cara Penyediaan Kuah Laksa
Langkah 1
1) Rebus Ikan sehingga masak. Masukkan 4 keping asam keping. (Sebelum direbus, pastikan ikan telah direndam dengan air limau bagi menghilangkan hanyir). Apabila masak, ambil isi ikan dan kisarkan hingga halus menggunakan air rebusan ikan tersebut.
2) Gunting lada kering kecil kecil dan rendam dalam air panas agar ia lembut dan bijinya keluar. Basuh dan buang bijinya. Kemudian kisar sehingga halus
3) Kupas 4 ulas bawang merah dan kisar.
4) Kisar Belacan, boleh dikisar bersama sama dengan ikan
5) Kisar ikan sardin (termasuk sosnya sekali)

Langkah 2
Masukkan ikan, belacan, ikan sardin, bawang besar, dua keeping asam keping dan cili kering ke dalam periuk dan hidupkan api.
Belah 2 bunga kantan dan masukkan bersama sama daun kesom ke dalam periuk
Biar hingga mendidih
Masukkan garam secukup rasa


 Penerangan
Laksa – saya gunakan laksa yang telah siap direbus, lebih mudah. Sedikit berminyak, oleh itu perlu dibasuh dahulu.
Ulam – Boleh gantikan salad dengan daun lain misalnya daub selom. Daun kesom dan bunga kantan yang dipotong halus akan menaikkan lagi aroma laksa.
Ikan sardine – saya gunakan ikan sardine tin agar rasa ikan lebih pekat dan sedap.

Sunday, 5 August 2012

Countdown - 14 : Persiapan Raya

Hari Sabtu ke dua dah ni, maknanya dah dua minggu kita puasa. Aku sebenarnya panik jugak, hari berlalu laju sangat rasanya. Ni baju raya anak anak tak settle lagi, dah beberapa kali aku ajak hubby pergi beli baju tapi tak der kesempatan. Nampaknya weekday minggu depanla aku kena settlekan semuanya.

Bak kata kawan aku, apa sangatlah aku nak kejar, raya pertama kat rumah atuk, pas tu raya kedua pagi-pagi nak cabut balik kampung kat Perak. Satu minggu kat kampung baru balik JB. Emmm....pas tu sibuk naik kerja. Tapi beb kalau raya tak der baju raya baru, langsir baru, kuih raya....cam tak raya plak. Ni hubby dah bising, beg dah rosak lah, kasut dah terkopaklah....wah....banyak tu nak kena ganti!!!. Mana nak datang pulusnyerrrrr.

 
Kain semi sutera bandung plain - 
lembut dan sejuk dipakai khas untuk hari raya tahun ni
 
Sepanjang minggu berlalu ni, aku sibuk nak siapkan baju raya anak pompuan aku sorang tu. Alhamdulillah....siap jugak. Bukan sepasang aku buat, tuk anak sedara aku yang tiga orang tu pun aku jahitkan. Dah lama tak dapat menjahit, seronok pulak rasanya. Aku kalau dapat mesin jahit, tak rehat pun tak per. Kalau bukan bulan puasa, kengkadang tu sampai makan pun aku miss!

Tahun ni, tema pakaian kami pink dan hitam. Tuk anak aku, aku sediakan warna pink. Aku, hubby ngan anak aku yang boy tu warna hitam. Mesti nampak menyerlah sikit girl tu!!!. Aku pun dah janji nak buatkan tudung untuk dia. Nanti aku cadang nak pergi kamdar, nak beli kain net yang ada bunga rose tu, nak jahit kat keliling tudung dia....eee happy plak aku!

 Untuk anak sedara aku yang kecil tu, baby....aku buatkan baju kurung kedah butterfly. Korang penah tengok ker baju kurung butterfly? Sure tak pena, sebab aku yang design. Hehe... bak kata Irma...penangan drama Dejavu di Kinabalu. Hope dia suka!


Cuba tengok kat lengan tu....ada macam butterly tak! Moga moga muat....petang ni balik keje nanti aku nak try kat dia. Mesti Cunn!!

Ada beberapa pasang lagi baju tuk girl aku tu yang nak aku siapkan. Aku harap sempatlah. Masa ni lah rasa amat bersyukur sebab semua peralatan jahitan lengkap, termasuk mesin jahit ngan mesin jahit tepi. Ada jugak yang mintak aku jahit baju raya, tapi minta maaflah...baju raya aku pun aku tempah kat orang lain. Memang aku suka menjahit, tapi disebabkan komitmen kerja, menjahit tu tuk suka suka jer. Cuma aku harap, one day aku akan punya lebih kelapangan untuk minat aku ni!

Thursday, 2 August 2012

Countdown - 15 : Kenangan Family Day at Desaru Damai Beach Resort

Assalamualaikum.....hari ni countdown ke 15. Teringat pulak dengan memori percutian tahunan company. Rasanya, ni kut benefit paling best kat sini. Opss...syarat-syarat untuk mendapat benefit nie.
1) Dah tertulis kat surat rasmi oleh bos masa pemberian bonus tahunan,
2) Dah kerja lebih setahun pada hujung tahun berkenaan
3) Paling penting, korang masih bekerja kat sini....walaupun dah dapat surat tapi korang berenti....confirm tak dapat OK.

Tahun Pertama – 2010
Sepatutnya tahun pertama aku kat sini tahun 2009, tapi akhir tahun 2008 tu aku belum genap setahun karja. Aku masuk keje sini dulu bulan Jan, so kurang sebulan. Aku pun tak kesah sangat, dapat kira bonus, tak dapat pun tak rugi apa-apa. Hehe...jangan marah yer.
Jan 2010, surat bonus keluar, so sapa yang layak dapat percutian diumumkan.....termasuklah aku. Walaubagaimanapun, disebabkan komitment kerja serta factor kesihatan, tak dapatlah kitorang secompany jalan jalan tahun ni.  Namun dalam kesibukan tu, dapat jugak selit aktiviti riadah kat Desaru ......alhamdulillah.

Tarih : 19/06/2010 – 20/06/2010
Tempat : Desaru Damai Beach Resort

Aktiviti utama kami hari tu sebenarnya nak buat BBQ pada sebelah petangnya. Tapi kami semua sampai awal. Sementara nak tunggu check-in hotel, masing masing ada aktiviti tersendiri.......ada yang berenang, ada yang main bola, yang posing-posing ambil gambar dan jalan-jalan tepi pantai sambil menikmati udara yang segar.......arrrggggg.....!!!



Malam tu, aktiviti BBQ kami berjalan lancar. Macam macam makanan laut disediakan. Sampaikan tak cukup arang!. Trima kasih kat semua kengkawan sebab tolong..... aku yang dah ada anak nie tak tolong banyak....!!!.
Yang penting semua happy.....tengoklah gelagat sorang sorang nie...


 


Malam tu jugak, kitorang celebrate birthday Irma, Fadzli, Zainal & Zulaikha (anak aku)

 

Wednesday, 1 August 2012

Countdown - 16 : Birthday Celebration

Salam kawan-kawan, just nak share sweet memory kita bersama....rupa rupanya selama beberapa tahun ngan korang semua, banyak kali kita buat birthday celebration kan...kan.... Birthday kalau tak der kek memang macam tak sempurna. cer tengok gambar-gambar kek kenangan nie

 TAHUN 2011
 
Ni birthday tahun lepas, kek buah buahan.....

 Sambutan Hari Jadi Hamdan di Pizza Hut Setia Tropika




Birthday Celebration

Bos : 40thn - 02/03/2011
Azie : 31thn - 24/04/2010
Irma : 28thb - 10/06/2010
Hamdan : 30th

Gambar gamar sambutan harijadi

  Sambutan birthday Irma tahun 2009. Masa ni aku tengah sarat mengandungkan Yusof. Masa ni jugak, staff tak ramai, staff perempuan aku ngan Irma jer. Tapi tahun ni lah projek banyak.



Birthday Irma tahun 2010. Tahun ni staff dah bertambah beberapa orang. Aku dapat Im sebagai pembantu. Hamdan dapat Salmi dan Azmir dapat sorang practical student, Fiqa. Masa ni irma baru beberapa bulan dapat baby.


Celebrate birthday bos - 02.03.2009, masa ni aku baru setahun bekerja kat sini, Irma pulak tengah sarat mengandung, anak sulung. Masa ni Fatma dan Nadia praktikal kat sini. Sekarang Nadia dah jadi permanent staff. Tahniah!!


24.04.2010, birthday aku yang ke 31, tengoklah betapa happynya diorang ni semua. Terasa hidup diwarnai dengan pelbagai warna. Pelbagai aksi menghiburkan daripada diorang semua. : ).


 
Celebrate Birttday Hamdan ke 30

Dalam banyak banyak gambar yang aku tengok...tak jumpa pulak kek birthday Azmir.....hairan!
Korang ada simpan tak?

Tuesday, 31 July 2012

Countdown - 17 : Kenangan Malam Kebajikan 1001 Malam

Hai....Selamat Berpuasa, dah 12 Ramadhan berlalu, kiranya hampir separuh ibadat puasa telah dilalui. Tapi hari ni aku nak start cowndown tuk 2 minggu terakhir aku bekerja kat sini.....! Cam happy lak bunyinya, tuk kawan-kawan, janganlah korang bersedih. Dunia sekaran ni kecil jer, bertukar tempat kerja tak bermakna kita akan putus hubungan selama-lamanya. Selain jumpa kat opis, kita leh contact melalui telefon, email, facebook, tweeter....hah...apa lagi dhak!!!

Last date aku kat sini 17/8/2011, kiranya minggu akhir Ramadhan dan pastu kira cuti tuk sambutan hari raya aidilfitri. Cuti seminggu, then aku masuk kat tempat kerja baru. Tak tahulah cam ner keadaan kat situ, apa pun aku mengharapkan pengalaman yang lebih baik dan manis.
Tuk dua minggu terakhir kat sini, aku nak kenangkan perkara perkara yang baik-baik jer, yang manis-manis dan yang menggembiranya. Yang pahit, pedih tu aku tinggalkan kat sini jer.

Malam Kebajikan 1001 Malam
Sepanjang hidup, inilah kali pertama aku join majlis dengan kerabat diraja. Memang nervous giler, apatah lagi bila kaum kerabat berada di sekeliling. Tema malam tu arabian night, pakaian memang dah ditetapkan pakaian arab, makan malam pun makanan arab jugak!


Tengoklah anak-anak dara dan mak dara melaram......

 

Hah.....yang ni baru betul anak-anak dara.....


Majlis malam tu dimeriahkan dengan beberapa acara antaranya cabutan bertuah, "tarian selamat datang" dan Fashion show. Fuhh...memang cantik jubah-jubah yang ditunjukkan. Paling best, tarian gelek ahhh....!!!

mak dara dan anak dara yang menawan.....irma nampak cantik dengan make-up dan aksesori tu,eqin pun walaupun simple tapi tetap menarik


Ambil gambar kenangan kat dalam dewan


Beruntungnya Siti dapat bergambar dengan YAM Sultanah Zanariah


Asyqin datang tiga beradik....tahniah kat adik dia yang dapat cabutan bertuah!!


Akhirnya....ada jugak gambar photographer ni.....Annie dan Linda

Untuk kalian semua....moga lepas ni ada lagi aktiviti yang boleh kita buat sama-sama.

Lagi gambar-gambar kenangan pada malam tersebut
 
                       Meja 351 - 360
Berposing depan meja makan

 
Persembahan tarian memeriahkan majlis pada malam tersebut

Pelbagai fesyen
                 Berhibur bersama sama

 
Keberangkatan pulang YAM Sultanah dan kerabat diraja
                             ******************* end *******************************