Tuesday, 10 May 2011

PANAS...PANAS...PANAS


Fuhhh..... tak boleh tahan. Dah dekat seminggu lebih cuaca panas kat Skudai ni. Beberapa hari sudah call atuk kat Kluang, dia cakap tengah hujan lebat, pulak !!!. Sebelum ni, kalau panas macam ni, aku memang akan kena  headache, tapi kali ni tak der pulak! Beberapa hari sudah aku masih bersemangat buat kerja-kerja rumah serta melayan hobi aku, menjahit, tapi sejak Isnin baru-baru ni, badan aku dah tak bermaya. Balik jer dari kerja, awal malam aku dah masuk tido. Tapi malangnya, tidur aku tak lena, macam di awang-awangan jer.
Hari nie, aku ada surf kat sini pasal cuaca panas yang melanda Malaysia sekarang ni, beberapa rtikel berkenaan hal ni aku copy and paste kat bawah ni,



Berita Harian Online

Cuaca panas dijangka berakhir minggu depan
2011/05/09

KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.
"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya.
Namun, beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal pada Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada Mei 1998.

"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lubuk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C)," katanya.

Saw berkata, keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering dan menjadikan api mudah marak, seterusnya boleh menyumbang kepada jerubu.

Beliau menasihatkan orang ramai mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya meminum air dalam kuantiti yang banyak," katanya.

Sementara itu, di beberapa kedai elektrik sekitar bandar raya Kuala Lumpur, jualan pendingin hawa meningkat.

Penolong Pengurus Courts Mammoth Cawangan Cheras, Abdul Rahim Mohammad, berkata dua tiga hari kebelakangan ini, banyak pelanggan yang membeli pendingin hawa.

"Saya tidak dapat memberikan jumlahnya tetapi memang kami ada dapat banyak tempahan daripada pelanggan," katanya.

Syarikat Sen Heng Cawangan Kepong juga mencatat peningkatan penjualan produk itu dalam tempoh seminggu lalu.

"Satu minggu saya rasa purata dalam 12 unit. Semalam sahaja empat hingga lima unit dijual. Sebelum ini tidak seperti sekarang, saya rasa ini adalah disebabkan faktor cuaca sekarang," kata jurujual, Mohd Hairani Abdul Wahab. -

kosmo

Impak cuaca panas






FENOMENA cuaca panas melampau dengan suhu sehingga 38.1 darjah Celcius yang melanda negara turut dialami oleh beberapa buah negara Asia seperti Indonesia dan Filipina. Tidak terkecuali Australia.
Namun apa yang dialami oleh penduduk negara ini mungkin tidak seburuk di Afrika Tenggara, India dan Brazil utara yang terpaksa berhadapan dengan cuaca lebih panas dan kering. Suhu normal di Malaysia ialah 32 darjah Celcius.
Meskipun fenomena itu jarang berlaku, namun kesannya cukup dirasai oleh sebahagian besar penduduk di negara ini. Kepada mereka yang banyak menghabiskan sebahagian besar waktu bekerja di luar, cuaca panas mengakibatkan rasa tidak selesa. Di sesetengah kawasan, cuaca panas mengakibatkan kebakaran hutan dan tanah kering mengakibatkan tanaman mati.
Persoalannya, apakah punca berlakunya cuaca panas yang melampau itu? Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Dr. Yap Kok Seng, kedudukan matahari yang hampir tegak di kawasan khatulistiwa dan liputan awan yang berkurangan antara faktor penyumbang keadaan tersebut.
Keadaan itu diburukkan lagi dengan fenomena El-Nino sederhana yang berlaku di Lautan Pasifik Tengah.


PANAS yang keterlaluan boleh mengakibatkan air sungai surut.



"Cuaca panas dan kering ini bermula pada bulan Februari hingga pertengahan Mac 2010 di negeri-negeri di utara Semenanjung, Sabah dan utara Sarawak," katanya.
El-Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku setiap tahun di timur Lautan Pasifik berhampiran luar pantai Peru. Ia menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia.
Kesannya turut dirasai di banyak negara termasuk di Asia Tenggara.
El-Nino pernah melanda negara sebanyak 12 kali di antara tahun 1951 hingga tahun 1998. Kejadian El-Nino yang terburuk berlaku sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1982 hingga tahun 1983, 1997 dan 1998.
Tahun 1998 merupakan tahun yang merekodkan suhu tertinggi dengan 50 peratus daripada rekod suhu tertinggi dicatatkan. Krisis bekalan air di Lembah Kelang dan masalah jerebu menjadi isu besar.
Pada tahun yang sama, beberapa buah negara-negara di Asia iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand turut merasai impak yang sama. Cuaca panas juga meningkatkan kes penyakit seperti taun, demam denggi dan malaria.
Walaubagaimanapun katanya, hujan mula turun bermula minggu ketiga bulan Mac lalu bagi mengurangkan sedikit impak cuaca panas dan kering yang berlaku.


CUACA panas yang melampau mengakibatkan kemarau di sesetengah kawasan di Semenanjung Malaysia.


Sunday, 8 May 2011

Apam Dot Dot....

Kek buah sempena hari ibu dan birthday Sikin dan lain-lain semalam




Yusof makan sampai penuh mulut


-Thank kat Dila (ielafaziela.blogspot.com/) sebab bawak apam dot dot semalam. Sedap....Zulaikha ngan Yusof makan banyak petang semalam. Macam nak cuba buat sendiri! Mesti bebudak tu suka, dah lah sedap, cantik pulak tu!
- Dah tiga kali majlis, kitorang makan kek buah, so lain kali nak try kek lain pulak.
- Lepas sesi potong kek, dapat suapan dari anak tersayang, Zulaikha. Thanks.

Saturday, 7 May 2011

Birthday and Mothers' Day Celebration

- Jam dah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Yusof dan Zulaikha dah aku siapkan, jap lagi nak pegi rumah atuk!, cuma aku yang belum siap lagi. Bangun pagi-pagi tadi, kemas rumah, basuh baju....husband aku dah pesan awal-awal supaya aku pergi cepat sikit. Cuma mood aku kureng skit coz husband aku kerja ari ni. Ingatkan dia cuti, sepanjang minggu ni dia kerja, bosan btul.
- Aku cadang dalam pukul 11 nanti aku nak pergi ambil kek, suprise skit. Hari tu Sikin, adik ipar aku beli kek untuk last month birthday celebration untuk mak kem, aku dan hubby, so kali ni rasanya turn kitorang pulak beli untuk dia. Memandangkan ramai yang suka kek buah, so buat kali ke 3, aku makan kek buah.
- Kali ni,majlis kami rasanya lebih meriah. Pakcik Makcik satu family balik. Alamak....cukup ker kek aku beli tu. Actually, kek tu aku tempah sejak minggu lepas lagi melalui officemate aku. Memandangkan kawan dia kerja kat kedai kek tu, so boleh dapat diskaun sikit.
- Opsss... anak aku dah panggil, dengar macam Zulaikha tengah tarik bakul mainan....aku chow dulu...nanti satu rumah pulak berselerak dengan barang mainan!!!!

Friday, 6 May 2011

Sekolah Baru

- Pagi ni, lepas bersiap-siap keluar, aku bawa Zulaikha pergi makan kat luar tuk sarapan pagi. Tak macam kebanyakan orang, kami memang biasa ambil makanan berat. Nasi putih dengan lauk. Zulaikha berselera dengan sayur air kegemarannya.
- Sejak seminggu lepas, aku beritahu pada anak perempuanku itu yang dia akan ku hantar ke sekolah. Last week, aku ada survey tempat untuk hantar anak aku belajar. Bila aku dengar anak adik aku dah pandai membaca, aku kagum. Aku memang ada plan nak hantar Zulaikha ke Tadika next year tapi bila dengar penerangan daripada pusat tuisyen tu, aku rasa teruja pulak nak anak aku belajar kat situ.
- Zulaikha mulanya terpinga bila aku berhenti kat depan sekolah barunya, tertanya-tanya dia pada aku tempat apa tu, aku katakan itu sekolah barunya. Di nurseri, banyak juga yang dia pelajari cuma aku lihat kurang bersistem, lagipun apalah yang aku harapkan daripada pusat jagaan bayi dan kanak-kanak tu, dapat jaga anak aku dengan baik dan kasih sayang pun, alhamdulillah. Anak aku memang suka dengan nurseri dia tu. Bila dengar banyak kes pengabaian serta deraan kanak-kanak, aku risau juga. Tapi nampaknya anak-anak aku sentiasa ceria untuk ke nurseri, dengan pengasuh pun mereka manja.

Saturday, 30 April 2011

Jalan-jalan malam minggu - Bazaar Karat

·         Jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi, kira-kira sejam lalu kami sampai rumah. Dah lama rasanya kami tak jalan-jalan sampai lewat begini. Mungkin sebab tak der siapa nak jaga anak-anak kami, jadi susah sikit kami nak keluar sampai larut malam begini.
·         Lebih kurang jam 8 malam tadi, kami hantar Yusof kepada mak cik. Minta dia jaga Yusof sebab kami nak jalan-jalan malam ni. Kesian juga kalau bawa dia, nanti keletihan pulak, kami pula yang kena kendong nanti, lagu pula tak elok kalau budak-budak kat luar samapi lewat begini.
·         Tadi, kami jalan-jalan ke Angsana, masuk kedai buku (Badan) pastu makan jap kat kfc. Walaupun makan tengahari agak lewat tadi, tapi perut terasa amat lapar. Selesai makan kami bertolak kke bandar pulak.
·         Suasana meriah sepanang baazar karat atau nama lain bazaar Johor. Ini bukan kunjungan pertama kali aku ke sini, dah beberapa kali dah. Cuma kat sini penelitian aku terhadap suasana di bazaar ni agak mendalam. Mungkin sebab awal-awal  lagi aku dah plan kongsi pengalaman aku ni kat blog, jadi aku lebih teliti.
·         Pada pendapat aku, kewujudan bazaar karat ni memberi banyak kebaikan terutamanya kepada peniaga kecil-kecilan melayu. Tampa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membayar sewa kedai serta lesen perniagaan, modal utama mereka adalah belian barang jualan serta usaha keras. Ada dikalangan mereka yang hanya menjual jagung rebus, dan ada juga yang menjual pelbagai barangan, namun tidaklah sehingga kelihatan memonopoli jalan-jalan disitu.
·         Aku dan husband aku mencari-cari barangan yang agak unik di situ, namun barangan yang agak ‘purba’ sepertimana yang pernah kami lihat dahulu sudah tidak ada. Walaupun begitu, kelihatan juga koleksi-koleksi peribadi yang menarik yang dijual oleh peniaga-peniaga disini.
·         Aku tidak melepaskan peluang untuk mencari beberapa barang yang aku idamkan. Yang dapat cuma patung ‘spoungebob’ . Tiada lain yang kami bawa pulang! Setelah puas jalan-jalan beberapa pusingan di bazaar berkenaan, kami mengambil keputusan untuk pulang.
·         Sebagai kenangan, aku mengambil beberapa keping gambar. At lease sebagai warga JB, leh jugak aku promote tempat ni sebagai slah satu tarikan bagi mereka yang berkunjung ke Johor!

 Jalan Trus JB, meriah walaupun hari sudah larut malan, ramai pengunjung berpusu-pusu ke bazaar karat untuk jalan-jalan dan membeli belah.
Kedai muzik ini memasangkan lagu-lagu hit hindustan, menceriakan lagi suasana malam.

Antara kedai-kedai lama yang masih bertahan di jalan tersebut. 



 Suasana meriah di bazaar karat.





 Antara koleksi dan barang-barang yang dijual di bazaar karat.


Kewujudan bazaar karat membuka peluang perniagaan kepada penduduk setempat terutamanya peniaga-peniaga kecil melayu.